MCMC mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan pelbagai taktik licik ‘scammer’. Katakan #TakNakScam !

Pastikan anda semak akaun bank atau nombor telefon di laman SEMAKMULE untuk membuat pengesahan identiti pemilik tersebut.

#KKD
#MCMC

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada apabila menerima jemputan untuk menyertai atau memuat turun aplikasi hasad “Pink WhatsApp.” Aplikasi hasad berkenaan boleh mengakses pelbagai item dalam telefon pintar pengguna seperti gambar, SMS dan senarai kenalan, yang boleh membawa kepada risiko keselamatan yang serius.
 
MCMC menasihatkan pengguna untuk tidak memuat turun dan memasang aplikasi ”Pink WhatsApp” tersebut, dan segera membuang aplikasi berkenaan sekiranya ia telah dipasang dalam telefon pintar mereka.
 
Para pengguna disarankan untuk kekal berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan berkaitan dengan ”Pink WhatsApp” kepada portal Aduan MCMC di pautan https://aduan.mcmc.gov.my/#/public/main atau talian hotline Aduan di 1800- 188-030.

Buli siber ialah perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks (SMS), chatting, e-mel, laman web sosial, telefon bimbit atau permainan internet.

 

𝐌𝐚𝐜𝐚𝐦 𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐧𝐚𝐤 𝐞𝐥𝐚𝐤 𝐛𝐮𝐥𝐢 𝐬𝐢𝐛𝐞𝐫?
-𝗔𝗯𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗶 𝗽𝗲𝗺𝗯𝘂𝗹𝗶 dan jangan balas mesej
-𝗧𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗮𝗸𝗮𝘂𝗻 atau hentikan penggunaan media sosial sekiranya anda diancam
 -Awas! Nada dan makna mesej yang ditulis juga boleh disalah tafsir
 

 

KESAN BULI SIBER:

-Boleh menyebabkan mangsa menjadi resah, murung serta penyakit lain yang berkaitan tekanan

-Dalam kes tertentu, buli siber boleh menyebabkan mangsa bunuh diri

 

Sekiranya anda adalah mangsa buli siber:

-Bincang dengan orang yang boleh dipercayai (ibubapa,kaunselor/guru)

-Simpan e-mel, mesej atau imej buli sebagai bahan bukti.

-Jangan balas mesej teks atau e-mel buli.

 

 

 

 

 

 

Era pendigitalan kini membolehkan maklumat dimanipulasi oleh pihak tertentu dengan tujuan jahat, terutamanya menerusi maklumat yang disebarkan di platform media sosial.
 
Orang ramai perlu lebih berhati-hati dan meneliti kesahihan maklumat atau berita yang diterima agar tidak menjadi mangsa kepada berita palsu serta jenayah penipuan.
 Semak dan laporkan di laman Sebenarnya.my sekiranya terdapat keraguan mengenai sesuatu berita.
 
1. Elakkan membuat dan menyebarkan sebarang berita palsu.
2. Tidak berkongsi sebarang berita yang diragui kesahihannya.
3. Berfikir dan bertanggungjawab terhadap apa jua berita yang disebarkan
4. Semak di portal Sebenarnya.my untuk kesahihan sesuatu berita
5. Laporkan kepada MCMC melalui pautan https://aduan.skmm.gov.my atau
 
 
 
 
 
Waspada dengan pelbagai modus operandi penipuan dalam talian yang digunakan dalam usaha memanipulasi mangsa.
Berhati-hatilah dan timbang-tara sesuatu tawaran dengan penuh teliti dahulu. Jangan terpedaya dengan tawaran yang tidak munasabah.
Sekiranya anda menjadi mangsa jenayah penipuan, hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 segera agar tindakan dapat diambil oleh pihak berkuasa.