Sebagai cara mencegah virus Covid 19 , kita di nasihatkan supaya;

1. Elakkan pergi atau berkumpul ke tempat-tempat yang sesak.

2. Kerap cuci tangan dengan sabun dan air. Ajar dan tunjukkan cara yang betul untuk mencuci tangan pada anak-anak kita. Virus ni boleh hidup pada tangan selama 10 minit. Amalkan guna hand sanitizer.

3. Pakai face mask.

4. Tutup mulut dan hidung dengan tisu jika bersin atau batuk.

5. Dapatkan pemeriksaan segera jika ada simptom demam tinggi dan masalah jangkitan saluran pernafasan seperti batuk.

6. Elakkan bersentuhan atau bersalaman dengan mereka/individu yang ada simptom virus ini.

7. Ambil vitamin untuk kuatkan sistem pertahanan badan(antibodi) seperti Vitamin C. Ni pakar yang sarankan.

KKM juga nasihatkan supaya tangguhkan perjalanan ke luar negara terutamanya negara-negara yang berisiko ada kes wabak Covid 19 ni.

Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan ke 3 dah wabak ni menular. Angka kes Covid 19 di Malaysia semakin meningkat kesan daripada gelombang kedua virus ni. Allahu, sama-sama kita doakan semoga wabak ni berlalu pergi.

Baca juga : Doa Untuk Elak Penyakit Berjangkit

Jaga diri dan family, jaga keselamatan dan jaga kesihatan korang ya!💜

*kredit :rubiahkadir.comimages