Permohonan Gantian MyKad merupakan perkhidmatan yang memberi alternatif kepada rakyat untuk membuat permohonan gantian MyKad secara dalam talian tanpa perlu ke kaunter sekaligus mengurangkan kesesakan di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau cawangannya.
Hanya empat (4) jenis permohonan penggantian yang dibenarkan bagi sistem ini iaitu:
i. Gantian kad rosak;
ii. Gantian cip rosak;
iii. Gantian biasa (menaiktaraf cip dari 32k/64k ke 80k); dan
iv. Gantian disebabkan kehilangan.
Sistem/perkhidmatan dalam talian ini hanya untuk pengguna berdaftar di Portal MyGovernment sahaja. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan penggunaan Perkhidmatan Permohonan Gantian MyKad tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar, pengguna adalah disarankan untuk melakukan pendaftaran pengguna di Portal MyGovernment dengan melayari www.malaysia.gov.my
 

Hari Pos Sedunia disambut pada setiap 9 Oktober oleh pentadbiran pos di seluruh dunia termasuk di Malaysia bagi memperingati tertubuhnya Kesatuan Pos Sedunia pada 1874 di ibu kota Bern, Switzerland.

#HariPosSedunia2021
#InnovateToRecover
#MCMC
#WorldPostDay2021

Pastikan kesihatan diri anda berada dalam keadaan yang terbaik sebelum pergi melancong.
Faktor kesihatan merupakan perkara yang sangat penting pada masa kini.
Ingatlah orang yang tersayang.