Keadaan terkini bandar Kuala Lipis yang telah dinaiki air akibat banjir bermula 4 Januari 2021. Semoga semua mangsa banjir dalam daerah Lipis tabah menghadapi ujian dan musibah ini.

Berikutan musim tengkujuh yang mengakibatkan kejadian banjir di beberapa negeri, pihak MCMC ingin memberi kesedaran dan menyebarkan maklumat bagi persediaan orang awam menghadapi bencana tersebut. MCMC telah menyediakan dua siri infografik seperti berikut:

1) Persediaan Komunikasi Menghadapi Bencana; dan
2) Mengurus Komunikasi Semasa Bencana.

Sehubungan itu, pihak MCMC berharap infografik ini dapat dikongsikan kepada orang ramai secara elektronik dan melalui semua platform media sosial Pusat Internet Komuniti (PIK) di negeri-negeri yang terjejas. Pihak PIK juga digalakkan mencetak infografik ini  untuk dipamerkan di dinding PIK atau di sudut yang sesuai di PIK masing-masing.

Semoga usaha kecil ini dapat membantu orang ramai menggunakan perkhidmatan telekomunikasi secara berhemah ketika mengharungi bencana.

MCMC mendoakan keadaan segera pulih dan kita dapat sama-sama meneruskan kehidupan seperti sedia kala.

i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

  1. Sekiranya anda tergolong dalam Kategori 1, anda boleh mula memohon pada 21 Disember 2020. Bagi anda yang tergolong dalam Kategori 2 pula, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021. Permohonan i-Sinar hanya secara online di laman web isinar.kwsp.gov.my

 

Sumber : Portal Kumpulan Wang Simpanan Pekerja