Rakyat Malaysia dipelawa menyertai Pertandingan Mencipta Logo dan Tagline Kempen Kesedaran COVID-19 anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Penyertaan terbuka kepada rakyat Malaysia berada di dalam dan luar negara, 1 Julai sehingga 10 Julai depan. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada semua rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam mahupun luar negara, untuk menzahirkan kreativiti mereka.

Hadiah pemenang tempat pertama akan menerima hadiah wang tunai RM5,000, tempat kedua RM3,000 dan tempat ketiga RM1,000.

Penyertaan dan maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh didapati dari laman sesawang KKMM: www.kkmm.gov.my atau laman web Jabatan Penerangan Malaysia: www.penerangan.gov.my.

Cara kemaskini aplikasi MySejahtera untuk menikmati fungsi-fungsi terbaru!
Tahniah kerana menjadi wira negara untuk membantu kerajaan memutuskan rantaian COVID-19 di Malaysia. - CPRC KKM