Tebus baucar pelbagai jenis jenama di Pusat Membeli Belah sekarang !
Muat Turun aplikasi #PahangGo untuk ketahui lebih lanjut.

Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia diadakan pada 31 Ogos setiap tahun, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) berperanan sebagai Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 akan melaksanakan sambutan Bulan Kebangsaan yang akan diraikan di seluruh negara. Oleh yang demikian, bagi  menyemarakkan lagi sambutan tersebut, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengalu-alukan warga PEDi dan ahli PEDi yang berdaftar untuk menghasilkan video pendek bertemakan Keluarga Malaysia, Teguh Bersama.

 

Hasil kerja boleh dihantar ke Borang Penyertaan Mencipta Video Pendek (imbas kod QR seperti di lampiran)

 

 

JKM ingin memaklumkan bahawa informasi yang tular di laman sosial berhubung dengan 'Bantuan Barangan Dapur' adalah PALSU!
Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai skim bantuan JKM di laman portal rasmi JKM sahaja. Sila layari www.jkm.gov.my untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut.
INGAT! TIDAK PASTI JANGAN KONGSI.
 
Sumber:
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
 

Consumer Forum Malaysia (CFM) sedang mengadakan Dipstick Survey bagi mengetahui corak langganan pengguna telekomunikasi di Malaysia.

Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati untuk mendapatkan kerjasama pihak Tuan/Puan untuk berkongsi emel & pautan Kaji Selidik ini kepada para pegawai PEDi bagi mendapatkan lebih banyak responden. Mohon juga pihak Tuan/Puan dapat menggalakkan pegawai PEDi untuk menyertai Kaji Selidik tersebut, serta mewar-warkan kepada komuniti sekitar PEDi.

Kaji Selidik akan berlangsung daripada 23hb sehingga 27hb Julai 2022.

Pautan untuk Kaji Selidik tersebut :  https://consumerinfo.my/corak-langganan-pengguna-telekomunikasi/?lang=ms 

 

Perlaksanaan ibadah korban di Negeri Pahang bagi tahun 1443H/ 2022M adalah merujuk kepada Prosedur Perlaksanaan Penyembelihan Luar Ibadah Korban di Negeri Pahang yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang.