JANGAN JADI MANGSA SCAM!
Orang ramai diingatkan untuk sentiasa berwaspada dengan panggilan daripada individu yang menyamar sebagai pegawai Tribunal MCMC. Sekiranya anda telah menjadi mangsa scam, laporkan segera kepada pihak polis atau rujuk kepada Pusat Respons Scam Negara (NSRC) di talian 997.
Mari bersama banteras scam!
 
🩺 Pemberian vaksin COVID-19 secara jumpa terus (walk-in) dan tanpa perlu janji temu boleh mula dilakukan di Klinik Kesihatan dan hospital kerajaan bermula 9 Januari 2023.
✅Keutamaan adalah kepada mereka yang berisiko tinggi, mempunyai komorbiditi dan warga emas. Vaksin terbukti mampu melindungi kita daripada komplikasi serius jangkitan COVID-19.
📌https://covid-19.moh.gov.my/.../senarai-pusat-pemberian... untuk mendapatkan senarai penuh Klinik Kesihatan dan Hospital yang menyediakan perkhidmatan ini.
Peralatan komunikasi dan wayarles yang telah diperakui menandakan ianya selamat untuk digunakan, tidak menyebabkan gangguan frekuensi, dan mempunyai kesalingbolehkendlian yang baik dengan rangkaian.
Jadilah pengguna yang bijak dengan menggunakan peralatan komunikasi dan wayarles yang diperakui dan mempunyai label MCMC.