Peredaran masa telah menyebabkan manusia berpusu-pusu mengusahakan pelbagai perniagaan untuk mencari sumber pendapatan sampingan malahan ada juga sumber pendapatan yang tetap, terutamanya suri rumah yang ingin membantu menambahkan pendapatan keluarga. Oleh itu, dengan kecanggihan teknologi masa sekarang, para suri rumah ini berkecimpung dalam perniagan secara dalam talian. Antaranya mereka menjual pelbagai produk tidak kira dengan menggunakan modal sendiri ataupun secara orang tengah (dropshipper). Hasilnya, mereka juga mempunyai pendapatan sendiri pada abad ini. Ada yang mengusahakan secara sambilan dan ada juga yang menjadikan perniagaan tersebut sebagai sumber rezeki yang tetap.

1. Puan Nurul Shazwani merupakan usahawan online secara sepenuh masa. Berikut merupakan media sosial yang digunakan oleh beliau untuk memasarkan produknya.

 

2. Puan Norzima merupakan Pembantu Tadika Kemas di Bukit Betong dan secara langsung terlibat dengan dunia perniagaan secara dalam talian untuk menambahkan lagi pendapatan keluarga.

 

3. Puan Fifi Mariani merupakan suri rumah sepenuh masa pada asalnya. Namun, demi membantu menambahkan lagi pendapatan keluarga, beliau nekad belajar untuk menjadi seorang usahawan online yang berjaya. Beliau mendaftar sebagai agen kepada satu produk kecantikan dan menjual secara langsung dan juga di alam maya.

 

Pasangan suami isteri ini, Puan Nurul Shazwani dan Encik Mohamad Nasir menghasilkan produk berasaskan bahan-bahan semulajadi. Antaranya ialah buah kelubi yang mana mereka membuat jeruk dan memasarkan secara penghantaran terus ke rumah (COD) dan juga pengeposan (pasaran dalam talian)

USAHAWAN KEDAI RUNCIT

Sebagai memenuhi kehendak penduduk setempat, ada penduduk tempatan yang mengusahakan perniagaan runcit. Pelbagai barangan dijual di kedai runcit tersebut memandangkan jarak untuk ke bandar Kuala Lipis sangat jauh dari Kampung RTP Sg Ular ini.

 

 

 

 

 

Projek ini dilakukan oleh seorang anak tempatan untuk menambah pendapatan sampingan beliau. projek ternakan lebah kelulut ini diproses serta dibotolkan yang kemudiannya dipasarkan di media sosial dan juga secara jualan langsung dari rumah penternak. Di samping itu, beliau juga mengusahakan kuih moden untuk dipasarkan di kepada penduduk tempatan dan juga secara atas talian.