GEORGE TOWN: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), agensi peneraju ekonomi digital negara di bawah seliaan Kementerian Digital (KD), menyasarkan untuk melatih dan melahirkan sejuta usahawan dalam bidang ekonomi digital menerusi program eUsahawan sepanjang tahun ini.
Pengerusi MDEC Syed Ibrahim Syed Noh berkata sejak diwujudkan pada 2015, sebanyak 563,543 usahawan di seluruh negara telah dilatih melalui program itu dengan menjana jualan terkumpul melebihi RM1.24 bilion.
Beliau berkata objektif utama program eUsahawan di bawah Jelajah Saya Digital (JSD) ialah latihan pembelajaran luar dan dalam talian untuk melatih individu, pelajar dan usahawan mikro dalam keusahawanan digital bagi menjana pendapatan, mempromosi produk serta meningkatkan jualan.
 
Beliau berkata JSD juga dibawa ke Pulau Pinang bagi mewujudkan kesedaran rakyat tentang kepentingan teknologi digital dan penyelesaian gaya hidup pintar dengan memberi peluang sama rata kepada rakyat di kawasan bandar tanpa meninggalkan penduduk luar bandar.
"Hal ini juga selari dengan inisiatif baharu diperkenalkan oleh kerajaan - AI Untuk Rakyat - untuk memberikan fahaman asas mengenai AI (kecerdasan buatan) agar kita lebih memahami teknologi yang boleh membawa manfaat dalam kehidupan," katanya.
Syed Ibrahim berkata seiring dengan visi Malaysia MADANI iaitu keterangkuman dan kesaksamaan menjadi teras utamanya, MDEC akan terus melaksanakan program-program seperti itu agar kemakmuran dan peluang yang dicipta dapat dimanfaatkan oleh lapisan masyarakat.
JSD ialah sebuah inisiatif yang memberi tumpuan kepada empat teras utama iaitu Saya Digital Literasi, Saya Digital Bisnes, Saya Digital Freelance dan Saya Digital Kerjaya yang memberi manfaat kepada golongan sasar iaitu B40, graduan menganggur, warga emas, Orang Kurang Upaya, pelajar sekolah serta universiti termasuk usahawan mikro, kecil, dan sederhana.
 

JUALAN RAYA ZON BEBAS KENDERAAN Peluang Terbuka kepada Penjual kuih raya Penjual baju raya Perkakasan raya Pelbagai Jualan Sesiapa yang berminat menjual barangan keperluan raya di Zon Bebas Kenderaan anda boleh hubungi jabatan pelesenan di talian 09-3121433

Program Pembangunan Usahawan Siswazah (PPUS) - menyediakan program pembiayaan untuk membantu golongan siswazah yang telah menamatkan pengajian / telah bekerja dan berminat untuk mengembangkan perniagaan tetapi kekurangan modal.

Permohonan perlu dilakukan di pejabat cawangan berhampiran dengan premis perniagaan (Tiada permohonan secara dalam talian).
Senarai pejabat cawangan bagi tujuan temujanji boleh diperolehi di link berikut:
Talian HOTLINE TEKUN Nasional: 03-9059 8888

 

PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN KEWANGAN USAHAWAN NEGERI PAHANG (i-PUSH) FASA 3
Tarikh permohonan akan dibuka dari 1 Januari 2024 hingga 31 Januari 2024.
Permohonan boleh dibuat di https://smu.pahang.gov.my
TARIKH AKHIR INISIATIF PENGURANGAN KOMPAUN SEBANYAK 90% DARI NILAI ASAL BAGI KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 68(2) DAN SEKSYEN 68(3) AKTA PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD 2012
 
Inisiatif Pengurangan Kompaun sebanyak 90% dari nilai asal bagi kesalahan di bawah Seksyen 68(2) dan Seksyen 68(3) Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 kepada pemilik Perkongsian Liabiliti Terhad yang telah ditawarkan dan telah patuh akan berakhir pada 31 Disember 2023.
Berbaki kurang 50 hari lagi untuk anda menggunakan inisiatif ini bagi menjelaskan kesemua kompaun tertunggak.
Selepas 31 Disember 2023, kesemua kompaun perlu dijelaskan dengan amaun/ kadar asal.

Kalendar

April 2024
S M T W T F S
1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30