Kali ini Petugas PI RTP Sungai Ular membawakan Puan Nurul Hafizatul Asma, salah seorang lagi usahawan kampung yang sedang meningkat naik dalam perniagaan yang telah diusahakan secara jualan langsung dan juga di dalam media sosial. Antara produk yang dipasarkan adalah Cendawan yang diusahakan secara kecil-kecilan hasil bantuan pinjaman dari Amanah Ikhtiar Malaysia. Selain itu, beliau juga turut menjual produk lain secara dropship, iaitu Pekasam Medina yang terdiri daripada Pekasam Daging, Pekasam Sotong dan Pekasam Perut Lembu. Beliau juga turut menjual Kuaci Viral hasil keluaran produk Yusuff Taiyoob. Komuniti yang ingin mendapatkan produk yang dijual boleh terus menghubungi talian berikut www.wasap.my/60179220801

Puan NorFauzimah Binti Mahmud merupakan salah seorang ahli Pusat Internet RTP Sungai Ular yang seringkali datang ke PI untuk menimba pelbagai ilmu berkaitan dengan kemahiran ICT dan juga keusahawanan. Selepas meletakkan jawatan sebagai Penyelia KEMAS, beliau telah berjinak-jinak dalam dunia perniagaan produk kecantikan Mary Kay. Selain menimba ilmu perniagaan melalui pihak pengurusan Produk Mary Kay, beliau juga mengambil inisiatif untuk menimba ilmu komputer dan cara mempromosikan produk di PI RTP Sungai Ular. Hasilnya, beliau telah mampu menggunakan komputer untuk mempromosikan produk yang dijual oleh beliau dengan sebaik-baiknya. Atas usaha gigih beliau, pihak pengurusan telah memberikan hadiah penghargaan berupa Bangle Emas dan Beg Wanita kepada beliau. Komuniti yang ingin mendapatkan produk kecantikan tersebut boleh berhubung terus dengan beliau di talian 0199263306.

Pusat Internet RTP Sungai Ular kali ini mengetengahkan Usahawan Kuah Rojak Buah yang telah diusahakan oleh Puan Kamariah Binti Mat Dari. Beliau merupakan salah seorang pelatih Giatmara Sungai Koyan yang mana telah menyertai Bengkel e-Usahawan yang telah dianjurkan oleh Pusat Internet RTP Sungai Ular baru-baru ini. Kuah Rojak Buah tersebut telah dihasilkan sendiri oleh beliau sejak 2 bulan yang lepas dan dijual melalui jualan langsung. Komuniti yang ingin merasai kehebatan Kuah Rojak Buah beliau boleh menghubungi Puan Kamariah di talian 012-8101470 atau terus berkunjung ke rumah beliau yang terletak berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Sungai Koyan 3. Selepas menyertai bengkel e-Usahawan, beliau juga boleh dihubungi menerusi Facebook Page yang diberi nama Kuah Rojak Kak Kay.

Kali ini Pusat Internet RTP Sungai Ular membawakan salah satu dari produk keusahawanan komuniti setempat, iaitu Tapai Pulut yang diusahakan oleh Puan Khdijah Binti Lebai Madon atau lebih mesra dipanggil Cik Joh dalam kalangan komuniti setempat. Produk beliau ini diberi gelajaran Tapai CikJoh. Produk ini mendapat tempat di hati para komuniti yang menggemari Tapai Pulut. Cara pemasaran yang dilakukan oleh beliau adalah meletakkan produk tersebut di kedai-kedai makan sekitar kampung. Namun begitu, beliau juga turut mengambil tempahan untuk sebarang jamuan atau kenduri kendara. Beliau boleh dihubungi melalui talian 013-9552933 untuk tempahan.

 

Latihan Asas & Pendaftaran E-Rezeki

 8 4 IMG 20180920 1626272 IMG 20180908 171244 IMG 20180729 131045