MCMC dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN) serta Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah menjalinkan kerjasama dalam menjayakan yang dilihat mampu memberi sokongan kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta penjaja kecil dalam meningkatkan penggunaan digital dalam operasi perniagaan harian mereka.
 
GDPM adalah selaras dengan usaha berterusan MCMC dalam mempercepatkan penggunaan digital melalui
ketersediaan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) sebagai titik sentuh komuniti untuk latihan digital dan pemajuan 5G bagi memperluaskan aksesibiliti di Malaysia.
Fokus utama MCMC untuk GDPM adalah penjagaan kesihatan dan aplikasi tandatangan secara digital.
Ini secara tidak langsung dapat memudahkan akses kepada penyedia perkhidmatan digital dan seterusnya
menggalakkan pendigitalan dalam kalangan PMKS.

 

Perkenalkan Dalicious by Ruwaida Zin. Beliau merupakan ahli PEDi RTP Sg Ular dan juga usahawan yang menggunakan PEDi sebagai platform pembelajaran bagi meningkatkan pasaran produk dan menjana pendapatan menerusi e-dagang sekaligus memperbaiki taraf hidup usahawan.

https://www.facebook.com/ruwaida.matzin.

https://www.facebook.com/profile.php?id=100063632020453

Untuk tempahan

wa.me/c/60132418177

LOGO 138316068 147168467149142 244651956888974214 n cc

  

  

 

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) ingin membuka dan mempelawa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk memohon PBKP Tahun 2023 bagi pelaksanaan Program Pembangunan Wanita kepada kumpulan sasar Kementerian.
Kepada mana-mana pertubuhan yang berminat anda boleh membuat permohonan melalui sistem iJPW seperti pautan di bawah
MOHON SEGERA DI SINI:

https://ijpw.jpw.gov.my/
https://ijpw.jpw.gov.my/

Sila rujuk poster di bawah untuk maklumat lanjut.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi urus setia JPW di 03-8323 1618/ 1266/ 1632

 

 

Kali ini PEDi RTP Sungai Ular membawakan usahawan yang semakin hari aktif mempromosikan produk perniagaannya dalam talian. Puan Ainun Nadiah merupakan salah seorang ahli di PEDi RTP Sungai Ular yang sekarang ini mengusahakan produk makanan sebagai punca pendapatan tambahan keluarga. Hasil sokongan daripada keluarga, tercetus idea baginya untuk menjual makanan untuk santai-santai di waktu petang. Lokasinya adalah di depan rumah ibu bapanya sendiri di Kampung Keledek. Selain itu juga, Puan Ainun turut mengusahakan kek dan tart untuk pelbagai jenis sambutan. Komuniti yang ingin mendapatkan kudapan petang boleh terus menghubungi beliau di talian wasap.my/60135307959 atau terus melayari media sosial facebook beliau Ainun Nadiah | Facebook