Kali ini PI RTP Sungai Ular menjejaki salah seorang lagi usahawan yang berpotensi dalam memajukan perniagaan Encik Nazmil Ahmad. Perniagaan ikan patin dan talapia sangkar ini bertapak berdekatan dengan kediaman beliau di Kampung Keledek. Memandangkan di kiri kanan kediaman beliau terdapat anak sungai yang bersih, beliau telah mengambil peluang itu untuk membuat sangkar sekaligus telah membela ikan patin dan talapia. Bagi komuniti yang ingin merasai nikmat ikan patin dan talapia yang segar, boleh hubungi beliau di talian 013-9907448 atau boleh juga terus berkunjung ke kediaman beliau untuk melihat sendiri sangkar ikan tersebut.

Kisah usahawan kali ini adalah berkisar tentang salah seorang komuniti RTP Sungai Ular sendiri yang mengusahakan warung roti canai pada setiap pagi. Encik Mohd Hamdan Bin Yusuf yang juga dilantik sebagai Imam 2 Masjid RTP Sungai Ular mengambil peluang menggunakan bakat yang telah dikurniakan, iaitu dalam pembuatan roti canai. Beliau membuka gerai tersebut pada jam 6.30 pagi, iaitu setelah selesai menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid. Terdapat ramai pelanggan yang singgah di gerai tersebut untuk menikmati keenakan roti canai buatannya.

Pusat Internet RTP Sungai Ular kali ini menjejaki salah seorang komuniti kampung yang sedang bergiat aktif dalam perniagaan Roti John sempena ketibaan Bulan Ramadhan Al Mubarak ini. Perniagaan ini diusahakan oleh sepasang suami isteri, iaitu Mohd Yuzairi dan Nursafarah Binti Hassan. Apa yang menarik mengenai Roti John Ramadhan ini adalah pelanggan boleh membuat pilihan antara inti daging ayam ataupun inti daging lembu. Selain itu, Roti John Ramadhan ini juga diletakkan cheese selain mayonis untuk menyedapkan lagi Roti John Ramadhan tersebut. Admin telah membeli dan merasai sendiri kesedapannya. Harga Roti John Ramadhan ini sangat berbaloi dengan rasanya, iaitu RM5.00 sebungkus sahaja. Oleh itu, para pelanggan yang ingin merasai sendiri kesedapannya boleh terus menghubungi talian berikut www.wasap.my/60133371839 atau boleh terus mengunjungi gerai mereka yang terletak berdekatan dengan Bengkel KPW RTP Sungai Ular. Waktu operasi perniagaan bermula pada jam 5.00 petang.

Seorang lagi ahli Pusat Internet RTP Sungai Ular yang sentiasa menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet telah mengorak langkah dan berjinak-jinak dalam dunia perniagaan secara dalam talian. Hal ini kerana beliau telah menyedari akan kepentingan penggunaan internet yang mampu memberi pendapatan sampingan kepadanya. Lantas, beliau telah mendaftarkan diri sebagai penjual produk kecantikan dan kesihatan secaraa dropship dengan seorang sahabat beliau sendiri. Ahli Pusat Internet RTP Sungai Ular tersebut bernama Noor Aisah Binti Banilah@Udin. Komuniti yang ingin mendapatkan produk kecantikan dan kesihatan tersebut boleh terus menghubungi beliau di talian www.wasap.my/60139151522.

 

Kali ini Pusat Internet RTP Sungai Ular membawakan seorang lagi Usahawan yang sedang meningkat naik dari seorang suri rumah kepada seorang usahawanita berjaya suatu hari nanti. Puan Zainuddar Binti Mohd Yusof telah menceburi bidang jualan barangan Tupperware Brands yang pada asalnya telah diperkenalkan oleh sepupu beliau sendiri. Hasilnya beliau telah dinobatkan sebagai Director untuk Team ASG Lipis. Bagi komuniti yang ingin membeli barangan tupperware boleh terus berhubung dengan beliau di talian www.wasap.my/60122767816