Kali ini Pusat Internet memaparkan seorang lagi ahli Pusat Internet RTP Sungai Ular yang telah menghadiri Bengkel Keusahawanan dan ICT baru-baru ini. Beliau ialah Encik Muhamad Daim Bin Derome, iaitu merupakan seorang lepasan graduan dari sebuah universiti tempatan yang belum mendapat pekerjaan. Namun begitu, beliau telah mengambil keputusan untuk menyertai Kursus Asas Jahitan dan Fesyen di Giatmara Sungai Koyan demi memenuhi masa yang terluang. Selain itu, beliau juga telah menjual produk wangian jenama Dexandra sebagai pendapatan sampingan. Semasa menyertai Bengkel Keusahawanan, beliau telah memperluaskan lagi cara mempromosikan produk jualan tersebut dengan membuka akaun Facebook Page dan juga menggunakan platform modul Dashboard MyShop. Komuniti yang ingin mendapatkan produk wangian Dexandra tersebut boleh terus menghubungi beliau di talian 601111621682 dengan panggilan manjanya adalah PokYa Dexandra.

Usahawan kali ini memaparkan Puan Nurul Shazwani Binti Mohd menjual produk kecantikan dan kesihatan wanita dengan menggunakan medium media sosial sebagai fokus utama perniagaan beliau. Namun begitu, beliau juga mempromosikan produk jualannya dengan menggunakan kaedah secara langsung. Produk tersebut yang berjenama Women Desiree merupakan salah satu produk yang dijual secara komersial dan bermula hanya sebagai dropship, kini beliau merupakan stokis kepada produk tersebut.

Pada kali ini usahawan yang ingin dipaparkan ialah usahawan produk kecantikan. Ianya dijual dan dipromosi secara dalam talian dan juga secara langsung oleh Cik Syahidah Binti Abdul Mutalib. Beliau merupakan seorang pelajar sepenuh masa di Politeknik Muadzam Shah dalam jurusan IT. Minat yang mendalam dalam dunia kecantikan mendorong beliau untuk mencuba menjual produk kecantikan DYXY.

Puan Siti Soliha merupakan usahawan yang menjual produk kesihatan,antaranya Minyak Herba Asmak. Produk ini sesuai digunakan untuk pelbagai peringkat umur, terutamanya bayi yang baru dilahirkan juga sesuai menggunakan produk ini.Puan Siti Soliha menjual produk ini selepas mendaftar sebagai agen Produk Minyak Herba Asmak kira-kira setahun yang lalu. Beliau membuat promosi secara dalam talian dan juga secara langsung di rumah dan juga tapak Car Booth.

Usahawan kali ini merupakan Usahawan Tudung yang diberi nama Majdina Basic Shawl. Ianya diusahakan oleh salah seorang ahli Pi1M RTP Sungai Ular, iaitu Puan Jumria Alimuddin yang berasal dari Negeri Di Bawah Bayu Sabah. Beliau menetap di Kuarters Kakitangan Sime Darby Plantation Bukit Puteri kerana mengikut suami beliau yang ditugaskan ke sini. Sebagai suri rumah sepenuh masa, beliau tidak betah untuk duduk diam sahaja, oleh sebab itu beliau telah berjinak-jinak dalam bidang mengait dan sulaman tudung. Bermula sekadar untuk memenuhi masa lapang, kini beliau telah mengorak langkah memasarkan hasil tangan beliau secara dalam talian melalui Facebook Page Jumria Collection.