Kali ini Pi1M RTP Sungai Ular ingin memaparkan tentang sepasang suami isteri yang mengusahakan gerai masakan panas. Encik Mohd Fauzi mengusahakan gerai ini bersama-sama dengan isteri beliau, iaitu Nor Azila Binti Abdul Wahab. Lokasi gerai ini terletak di halaman rumah ibu mereka sendiri. Antara masakan panas yang disediakan adalah Nasi Goreng USA, Mee Goreng Basah, Mee Kuah, Kuew Tiaw Ladna, Kerabu Maggi dan sebagainya. Harga yang ditawarkan juga adalah berpatutan dengan kesedapan masakan tersebut. Bagi mereka yang ingin merasai sendiri kehebatan masakan panas ini boleh terus menghubungi beliau seperti di alamat yang tertera:

Gerai Masakan Panas Zie

No.59 RTP Sungai Ular,

27200 Kuala Lipis,

Pahang Darul Makmur.

011-25524022

Waktu Operasi : 5.00 Petang – 12.00 Malam

Kisah keusahawanan kali ini adalah memaparkan tentang usahawan yang mengusahakan tempahan membuat kek dan juga kuih-muih tradisional. Puan Noor Ain Binti Banilah merupakan salah seorang penduduk RTP Sungai Ular. Beliau mengambil tempahan membuat kuih tradisional seperti karipap sira, kuih lepat, kek pisang dan karipap yang mana telah dibantu oleh ibu beliau sendiri. Kuih-muih ini telah diletakkan di kedai-kedai makan pada setiap pagi.

Encik Amirul Iman merupakan salah seorang belia di RTP Sungai Ular yang meminati bidang pembuatan. Beliau menimba ilmu serta pengalaman dalam bidang ini melalui tawaran kemasukan ke salah satu Pusat Giatmara yang berada di Perak. Selepas itu, beliau mengikuti kursus bersama Empower bagi menambah modal untuk memulakan perkhidmatan welding tersebut. Selain itu, beliau juga mengikuti kursus komputer daan keusahawanan untuk belajar cara mempromosikan perkhidmatan yang sedang diusahakan tersebut.

 

Kisah keusahawanan kali ini adalah berkisar kepada salah seorang Pelatih Giatmara Cameron Highlands yang mana telah menyertai Program E-Keusahawanan yang dianjurkan oleh Pi1M RTP Sungai Ular. Puan Juliana Binti Abu Bakar merupakan usahawanita yang memasarkan Produk Pekasam Daging Bonda yang dihasilkan sendiri oleh ibu beliau. 

Puan Milah merupakan seorang usahawanita yang menjual di pekan-pekan sehari sebagai menjana pendapatan sampingan selain membantu meningkatkan ekonomi keluarga.