Popia Roll Kak J dijual oleh Puan Safarah Hassan melalui penggunaan media sosial seperti Facebook dan juga secara langsung. Popia Roll ini didatangkan khas dengan 5 perisa menarik.

Coklat
Strawberi
Pandan
White Chocolate
Origina

Kenapa kita kena pilih popia roll kak j ???

Sebab popia roll kak j bestt????????????????

Jom pakat whatsapp

? 013 3371839

 

Kedai makan ini diusahakan oleh Encik Zainuddin Bin Abdullah bersama isterinya Puan Salimatuddiah Binti Yahya. Lokasi kedai makan ini terletak di pinggir jalan menuju ke Sungai Koyan. Antara menu masakan yang dijual seperti Nasi Lemak, Nasi Berlauk, Nasi Kerabu serta pelbagai jenis kuih-muih. Kedai ini beroperasi seawal jam 6.30 pagi pada setiap hari.

Tanaman ini diusahakan oleh segelintir penduduk Kampung Kuala Medang.

Tanaman ini diusahakan oleh beliawanis RTP Sg Ular bersama dengan suaminya sebagai sumber pendapatan sampingan malahan boleh di komersialkan lagi. Mereka mengusahakan projek ini bertitik tolak daripada minat tersendiri dan menjadikan projek tersebut sebagai perniagaan serta dipasarkan melalui media sosial.

Kata pepatah, kalau berbudi pada tanah, lambat laun akan dapat hasilnya. Inilah perumpamaan yang paling tepat sekali untuk anak muda kampung ini, Encik Ikmalul Hazim Bin Zainuddin. Beliau yang berkelulusan dalam bidang pertanian telah mengambil keputusan untuk menceburkan diri dalam perusahaan menternak dan bertani. Beliau mengusahakan tanah milik bapanya dengan menanam tanaman labu dan juga menternak lembu di ladang milik peneroka RTP Sg Ular dan telah mendapat keizinan daripada pihak LKPP Corporation Berhad.