Zoom : Sila lengkapkan borang pendaftaran dan pengesahan kehadiran melalui pautan Zoom https://bit.ly/3Po0qhi sebelum atau pada Rabu 27 Julai jam 10 pagi. Peserta akan mendapat perincian akses melalui emel setelah pendaftaran dibuat.

Terdapat produk baharu yang diperkenalkan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) kepada para usahawan wanita yang bergiat aktif meneruskan kelangsungan hidup dengan menjalankan perniagaan tidak kira secara kecil-kecilan atau besar-besaran. Skim i-Muda diperkenalkan kepada para peserta atau sahabat yang berumur di antara 18 tahun sehingga 40 tahun dengan jumlah pembiayaan sehingga RM30,000. Skim ini ditawarkan kepada para wanita yang ingin bangkit berniaga dan juga yang sedang hilang pekerjaan akibat pandemik Covid-19. Skim ini juga telah berkuatkuasa bermula 1 Januari 2022 yang lalu. Semoga dengan adanya skim ini, sedikit sebanyak dapat membantu penambahan modal kepada wanita yang ingin memulakan perniagaan.

Sumber : Amanah Ikhtiar Malaysia

โ€œWanita di Malaysia mesti cekal, wanita di Malaysia mesti kuat, apa sahaja halangan dan rintangan yang kita hadapi, kita akan tempuh bersamaโ€ ujar YB Datuk Seri Rina Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat semasa merasmikan Academy For Women Entrepreneurs (AWE) di ibu negara.
Program ini telah dijayakan dengan kerjasama Persatuan Jaringan Usahawan Bumiputera Malaysia (WENA) dan disokong penuh oleh kedutaan Amerika Syarikat. YB juga berkesempatan untuk beramah mesra dan melihat sendiri produk yang dijual oleh para usahawan yang pernah menyertai AWE.
KPWKM sentiasa menyokong inisiatif-inisiatif program seperti ini sebagai satu anjakan bagi memperkasakan wanita di Malaysia untuk menjadi usahawan yang berjaya.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Institut Sosial Malaysia (ISM) telah mengambil inisiatif mendokumentasikan kisah-kisah sebenar golongan wanita yang berdepan ujian sukar dan berjaya meneruskan hidup dengan lebih bersemangat dan berkeyakinan dalam buku โ€œ๐–๐š๐ง๐ข๐ญ๐š ๐๐š๐ง๐ ๐ค๐ข๐ญโ€. Buku ini merupakan naskhah yang dihasilkan oleh penulis-penulis yang bernaung di bawah Akademi Bonda Nor dan diketuai oleh Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli Madian dengan kerjasama ISM.
Kisah-kisah yang dibukukan ini digarap daripada pengalaman wanita-wanita yang berjaya keluar daripada belenggu kemiskinan atau pelbagai masalah yang dihadapi melalui bantuan dan sokongan daripada agensi-agensi di bawah KPWKM seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) dan Yayasan Kebajikan Negara (YKN). Antara bantuan dan sokongan yang diberikan adalah seperti bantuan kewangan, kaunseling, konsultasi dan juga intervensi kerja sosial.
Tajuk buku โ€œWanita Bangkitโ€ ini diinspirasikan daripada inisiatif WanitaBangkit@KPWKM yang diilhamkan oleh YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi mengangkat martabat wanita yang menjadi tulang belakang kebangkitan keluarga menghadapi cabaran khususnya dalam era pandemik ini.
โ€œWanita Bangkit adalah cetusan idea ketika negara mula berhadapan dengan Covid-19. Melihat ramai wanita terkesan dari segi ekonomi dan psikologi, saya memperkenalkan program Wanita Bangkit khas untuk memberi sokongan kepada wanita untuk bangkit semula setelah mengharungi pelbagai cabaran hidup.โ€, ujar beliau semasa melancarkan buku Wanita Bangkit di Dewan Nur, KPWKM petang tadi.
Tambah beliau, โ€œKisah-kisah di dalam buku Wanita Bangkit ini adalah diinspirasikan daripada kisah-kisah benar dan digarap untuk dijadikan iktibar dan pedoman. Kisah mereka ini adalah kisah kebanyakan masyarakat di luar sana, tidak terkecuali, kumpulan sasar Kementerian yang diangkat ajar menjadi inspirasi para wanita untuk bangkit dan meneruskan kehidupan yang lebih baik.โ€
โ€œSemoga kisah-kisah ini menjadi iktibar dan inspirasi lebih ramai wanita dan pembaca untuk terus bangkit walau terpaksa melalui liku-liku cabaran yang tidak pernah berhenti. Kementerian ini sentiasa menyokong dan membantu wanita untuk terus teguh dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara serta keluarga tercinta,โ€ kata Rina yang dipetik daripada tulisannya di dalam buku Wanita Bangkit tersebut.
Terdapat 34 kisah dalam naskhah setebal 426 muka surat yang diadaptasi daripada pengalaman wanita-wanita cekal untuk dijadikan pedoman buat para pembaca. Buku ini boleh didapati di kedai-kedai buku terpilih di seluruh negara selepas pelancaran pada hari ini