Pada setiap minggu, iaitu hari Isnin,mesyuarat pusat AIM diadakan bertempat di Balai Raya RTP Sungai Ular. Ianya melibatkan kaum hawa yang terdiri daripada beberapa peringkat umur. Tujuan diadakan mesyuarat ini pada setiap minggu adalah bertujuan untuk membuat pembayaran balik guna modal yang telah dipinjam sebelum ini. Selain itu, ia turut bertujuan untuk membincangkan permasalahan-permasalahan dalam kalangan sahabat-sahabat AIM serta memberi info-info semasa dalam AIM. 

Selamat Menyambut Bulan Kaunseling Kebangsaan.

Kaunseling ke Arah Kesejahteraan Masyarakat

#KPWKMPrihatin
#HidupSejahteraBukanKecewa
#BulanKaunselingKebangsaan

KATEGORI PEMOHON.

Berdasarkan Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015-2020), KPWKM mengambil kira ibu tunggal berdasarkan definisi berikut:.

*Perempuan (Warganegara) yang menjadi Ketua Isi Rumah bagi kategori:

i.Taraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama;

ii.Mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah

iii.Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf)

Nota:

1.Sila isi borang mengikut negeri pemohon.

2.Pemohon perlu log masuk ke akaun google untuk mengisi borang permohonan.

3.Dokumen salinan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan/Wakil

Rakyat/Penggawa/Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi MPKK(Majlis Pengurusan Komuniti Kampung)/Ketua Kaum/Ketua Anak Negeri/Pesuruhjaya

Sumpah. Cop pegawai atau saksi hendaklah mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan atau alamat di mana pegawai bertugas.

4.Pendaftaran secara dalam talian dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengah malam. Selepas tempoh masa tersebut, akses borang akan

ditutup bagi tujuan pengemaskinian data.

Bagi Komuniti di Negeri Pahang boleh terus klik link di bawah :

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdQuLGSmULGauX9BfWNju3TTWH0ua3qzM3EmPxEC_PZOcgK2A/viewform

Sumber : Portal Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga

Gelaran baru bakal dilancarkan bagi menggantikan frasa "Ibu Tunggal" untuk para wanita yang telah kematian suami atau yang berpisah hidup. Begitulah yang dijelaskan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Rina Harun baru-baru ini melalui Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin NGO Wanita Sabah di Kota Kinabalu. 

"Ibu Waja" frasa yang paling tepat dengan situasi para wanita yang telah kematian suami dan berpisah hidup. Hal ini kerana gelaran tersebut lebih mencerminkan kecekalan dan ketabahan yang diharungi oleh golongan tersebut. Sementelahan juga ia melibatkan tanggungjawab memimpin keluarga serta membesarkan anak-anak tanpa kehadiran insan bernama suami.

Pendaftaran Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) telah dibuka melalui portal Jabatan Pembangunan Wanita - JPW www.jpw.gov.my . Untuk maklumat lanjut hubungi maklumat tertera.

#KPWKMPrihatin #Penjana #BersamaMenjanaEkonomi #PKPP #Covid19Malaysia