Pada 22 Januari 2018 telah berlangsungnya jamuan yang merangkap majlis perpisahan antara peserta Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Pusat Nur Al-Jawahir bersama dengan Petugas AIM Cawangan. Majlis ini diadakan bagi menghargai jasa baik Petugas AIM yang telah menguruskan setiap permohonan pinjaman setiap Sahabat AIM yang terlibat selama tiga tahun ini.

Aktiviti mengaji Al-Quran dan belajar tajwid telah diadakan untuk para wanita yang terdapat di kawasan RTP Sungai Ular. Kelas ini diadakan pada setiap hari Jumaat, bermula pada pukul 2.30 petang dan diakhiri dengan solat Asar berjemaah di Masjid RTP Sungai Ular.

Sukan Tahunan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah diadakan pada 11 November 2017 merupakan satu wadah untuk mengumpulkan semua ahli AIM seluruh Lipis untuk bersama-sama menjayakan setiap program yang diadaakan. Sukan AIM ini diadakan di Padang Sekolah Kebangsaan Kampung Relong yang mana di wakili oleh 10 blok.

Setiap minggu Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan RTP Sungai Ular akan mengadakan perjumpaan dan mesyuarat untuk mengetahui perkembangan setiap peminjam-peminjam tersebut. Selain itu, penyerahan dana dan serta pembentangan borang pinjaman juga turut dilaksanakan dalam mesyuarat tersebut. AIM Cawangan RTP Sungai Ular ini diberi nama Amanah Al-Jawahir.