Amanah Ikhtiar Malaysia merupakan antara salah satu badan Amanah secara persendirian yang ditubuhkan mengikut undang-undang. Ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Suratcara Perjanjian Amanah Ikhtiar Malaysia serta didaftarkan di bawah Akta Amanah 1952 (pindaan 1981) (Akta 258). Badan amanah yang berusia kira-kira 24 tahun ini telah ditubuhkan secara bersama oleh Universiti Sains Malaysia, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Kerajaan negeri Selangor serta disokong kuat oleh Pusat Pembangunan Asia Pasifik. Objektif atau tujuan utama badan amanah ini ditubuhkan adalah untuk membantu golongan-golongan yang kurang berkemampuan serta secara langsung mengurangkan kadar kemiskinan di Malaysia dengan cara pengeluaran Pembiayaan Ikhtiar terhadap masyarakat-masyarakat miskin di kawasan luar bandar yang membolehkan pembiayaan terhadap sebarang kegiatan untuk menambahkan pendapatan sampingan. 

Maka dengan kesedaran ini juga, Para Wanita di Kampung RTP Sungai Ular mengambil inisiatif untuk menubuhkan Persatuan Amanah Ikhtiar di Cawangan RTP SUngai Ular di bawah kendalian dua orang guru dari Amanah Ikhtiar Malaysia.