Sempena Program Lestari ICT dan Cakna Kesihatan Bersama PI RTP Sungai Ular, salah satu aktiviti yang dianjurkan adalah Pertandingan Masakan Suku-suku Separuh ( Eat Clean) dan Masakan Sandwich telah disertai oleh golongan wanita dari beberapa buah kampung. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah bukan sahaja untuk merebut hadiah yang ditawarkan, tetapi lebih kepada penerapan untuk kesihatan diri sendiri. Selain itu juga, ia bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan komuniti dengan petugas pusat internet serta menggalakkan mereka untuk terus menggunakan perkhidmatan yang di sediakan di pusat internet ini.

Sempena Program Lestari ICT dan Cakna Kesihatan bersama PI RTP Sungai Ular yang akan diadakan pada 30 Ogos 2019 nanti, salah satu aktiviti yang akan dipertandingkan adalah cabaran memasak masakan "eat clean" atau lebih dikenali sebagai "Suku-suku Separuh". Dalam cabaran ini, para peserta dikehendaki memasak dan menghias serta menyajikan hidangan tersebut di dalam bekas yang disediakan. Cabaran ini bukan saja memenuhi tuntutan pertandingan semata-mata, tetapi ianya turut memupuk semangat memakan makanan secara sihat. Oe itu, komuniti wanita yang ingin menyertai cabaran pertandingan ini boleh terus menghubungi pihak pengurusan PI RTP Sungai Ular untuk mendaftarkan diri kerana tempat adalah terhad.

 

Sempena Program Hari Bersama Komuniti baru-baru ini, Pusat Internet RTP Sungai Ular telah menjemput golongan wanita Kampung RTP Sungai Ular untuk menyertai aktiviti bacaan Surah Yassin pada 25 April 2019. Aktiviti seumpama ini dibuat bukan sahaja untuk mendapat keberkatan program, malahan juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara komuniti dengan petugas Pusat Internet. 

Sekali lagi Pusat Internet RTP Sungai Ular mengundang Puan Nor Fauzimah Binti Mahmud, Perunding Produk Mary Kay untuk memberi penerangan dan sekaligus demonstrasi penggunaan produk tersebut kepada komuniti yang datang. Beberapa orang wanita turut diajar cara menggunakan Produk Mary Kay dengan betul supaya ianya memberi kesan kepada kulit wanita. Sebelum itu, proses menganalisa kulit muka wanita telah dibuat dengan menggunakan peralatan yang bernama Skin Analyzer. Selepas itu, para peserta berpeluang mencuba beberapa jenis produk dari proses mencuci kulit wajah sehingga ke proses pemakaian make up. Para peserta berpeluang menatarias wajah sendiri dengan tunjuk ajar perunding Produk Mary Kay tersebut.

Setiap hampir dua bulan sekali, kaum wanita turut menyertai gotong-royong masjid di Kampung RTP Sungai Ular. Penyertaan ini adalah sebagai rasa bertanggungjawab sesama komuniti demi menjaga kebersihan masjid dan sekitarnya.