Salah seorang lagi golongan wanita dari Sungai Ular mengambil langkah bijak membuka perniagaan secara penghantaran atau COD kepada para pelanggan yang membuat tempahan. Wanita sememangnya dilahirkan dengan hati yang cekal demi membantu menambahkan lagi pendapatan keluarga. Lantaran itu, Puan Nurul Hafizatul Asma telah membuat pilihan yang sangat bijak dengan mengorak langkah dalam bidang masakan ini. Hasilnya, tempahan yang dapat saban hari semakin bertambah hari demi hari bukan sahaja dari kawasan kampung, bahkan sehingga kawasan bandar. Antara makanan yang dibuat adalah Pisang Goreng Cheese, Cendol, Bihun Sup Utara, Tapai Pulut, Ayam Goreng Cheese dan Kuih Tiram dengan harga yang berpatutan. Komuniti yang ingin membuat tempahan boleh terus menghubungi beliau di talian www.wasap./60179220801
Hari Sambutan Wanita Sedunia telah ditetapkan pada tarikh 8 Mac pada setiap tahun. Wanita bukanlah golongan kelas kedua seperti pandangan yang sentiasa bertapak di fikiran manusia. Mereka hanya dipandang sebagai satu objek untuk melariskan barang jualan dan menjadi pemuas nafsu lelaki. Justeru itu, kedatangan Islam telah menyelamatkan kedudukan wanita dengan meletakkan taraf mereka setaraf dengan lelaki dari segi peranannya dalam membangunkan sesebuah tamadun manusia. Pepatah Melayu ada menyatakan “Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”. Selain itu Allah S.W.T juga berfirman yang bermaksud:
“Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh,dari lelaki atau perempuan,sedang ia beriman,maka mereka itu akan masuk syurga,dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun”.
(Surah al-Nisa’ : 124)
Oleh sebab itu, “Wanita tidak dijadikan dari urat rambut lelaki untuk dijulang dan dipuji, Tidak pula dijadikan dari tapak kaki untuk dihina dan dikeji,Tetapi wanita dijadikan dari rusuk kiri yang berada dekat dengan hati untuk didampingi, dilindungi dan juga disayangi.”
Memandangkan pada musim cuti persekolahan, kebanyakan komuniti RTP Sungai Ular akan memilih tarikh pada bulan ini untuk melangsungkan perkahwinan. Para komuniti akan berganding bahu untuk membantu tuan rumah dalam menyiapkan persiapan memasak masakan lauk pauk yang akan dijamu kepada para tetamu pada waktu tengaharinya. Oleh itu, sekumpulan para wanita turut terlibat dalam persiapan tersebut. Bak kata pepatah, kerja yang berat akan menjadi ringan, yakni apabila kita melakukan tugasan tersebut secara bekerjasama seisi kampung turut membantu.
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/wanita-hari-ini?start=50#sigFreeIdf40e44b1a6
Program yang bertemakan "Sihat Tanpa Kanser Pangkal Rahim". Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para wanita terutamanya tentang kepentingan menjaga kesihatan rahim untuk mengelakkan Kanser Pangkal Rahim. Program ini telah berlangsung pada 6 Januari 2020 bertempat di Balai Raya Kampung Keledek. Program ini adalah hasil kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Lipis dan Klinik Kesihatan Bukit Betong.
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/wanita-hari-ini?start=50#sigFreeId7c39716273
Persatuan Wanita RTP Sungai Ular meneruskan kembali roadtour membaca Surah Yassin dari rumah ke rumah. Aktiviti ini bukan sahaja bertujuan untuk memperbetulkan bacaan dan juga menimba ilmu, malahan ianya untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama mereka. Aktiviti ini dijalankan pada setiap minggu, iaitu hari Sabtu atau Ahad bergantung kepada permintaan tuan rumah.
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/wanita-hari-ini?start=50#sigFreeIda1cc5e2159