Perkhidmatan pendaftaran vaksin Covid 19 masih lagi diteruskan di Pusat Internet Komuniti RTP Sungai Ular untuk komuniti yang belum lagi membuat pendaftaran. Bersama-sama kita lindungi dan membuat pencegahan awal daripada sebarang jangkitan.
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/wanita-hari-ini?start=40#sigFreeIdac1882d10b
Burung kedidi di tepi perigi,
Menyusur lalu mencari makan;
Pengorbanan wanita kita hormati,
Bangkit penuh dengan harapan.
Sedulang lauk sepinggan nasi,
Mari makan bersama teman;
Hargai wanita yang ada disisi,
Sungguh hebat jasa kalian.
Sambutan Hari Wanita Sedunia atau juga dikenali sebagai Hari Wanita Antarabangsa disambut setiap tahun bagi meraikan peranan wanita dalam pelbagai bidang. Tarikh yang dipilih adalah pada 8 Mac pada setiap tahun. Walaupun tidak diisytiharkan sebagai cuti umum di Malaysia, namun terdapat pelbagai acara atau aktiviti yang dilakukan dalam meraikannya.
Wanita samaada ibu, isteri, guru, kakak, atau sebagainya perlu dihargai dengan penuh kasih sayang sebagai lambang penghormatan dan peranan mereka yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Wanita adalah penyumbang kepada kemajuan negara, pembangunan institusi kekeluargaan dan pengukuhan masyarakat penyayang.
Di Malaysia, tema bagi sambutan Hari Wanita 2021 adalah;
WANITA BANGKIT MENDEPANI CABARAN
Tema Hari Wanita ini dipilih oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga bagi mengangkat semangat juang wanita yang tidak mengenal penat lelah dalam mengharungi cabaran kehidupan. Sifat kelembutan yang ada pada wanita bukanlah satu halangan untuk terus mara ke hadapan malah di sebalik kelembutan itu tersimpan kekuatan yang utuh dan bersemangat waja.
Meski dunia dilanda pandemik Covid-19, kepayahan demi kepayahan mengajar kita tetap bangkit mendepani cabaran. Hayatilah tema Hari Wanita yang sinonim dengan keadaan semasa. Zahirkan tanda sokongan anda sebagai penghargaan kepada para wanita. Hashtag atau tanda pagar yang digunakan pada tahun ini ialah;
#WanitaBangkitMendepaniCabaran
Sumber : Jabatan Pembangunan Wanita
Tidak dapat dinafikan pada zaman sekarang, internet memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Tidak terkecuali juga dalam dunia pendidikan pada zaman sekarang memerlukan penggunaan komputer dan kemudahan internet untuk membuat sesuatu pekerjaan. Misalnya para guru dari Kemas Bahagian Cameron Highlands ini memerlukan penggunaan internet untuk memasukkan maklumat murid-murid ke dalam sistem yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum tibanya pembukaan semula sesi persekolahan. Oleh hal yang demikian, para guru ini mengambil kesempatan menggunakan kemudahan ICT yang terdapat di PIK RTP Sungai Ular untuk menyiapkan kerja-kerja mereka sehingga siap. Semoga dengan kemudahan yang disediakan ini mampu memberi penyelesaian kepada setiap gerak kerja yang perlu dilakukan oleh komuniti setempat. Oleh yang demikian, PIK RTP Sungai Ular sangat mengalu-alukan kedatangan kaum wanita khususnya yang ingin menerokai dunia keusahawanan digital supaya mengambil peluang menggunakan sebaik mungkin kemudahan yang terdapat di kampung ini.
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/wanita-hari-ini?start=40#sigFreeId700482586c
Pada 31 Januari 2020 yang lalu, PIK RTP Sungai Ular telah mengadakan bengkel untuk guru-guru pasti yang akan memulakan sesi pengajaran secara maya bersama-sama dengan para pelajar mereka. Oleh hal yang demikian, para guru ini memerlukan pelbagai kaedah untuk menyelesaikan masalah mereka, hal ini sekaligus dapat memberi keyakinan kepada para guru untuk memberi lebih pemahaman kepada para pelajar mereka. Jadi, inisiatif ini digunakan oleh petugas PIK RTP Sungai Ular untuk memberi dan mengajar kaedah tertentu kepada para guru tersebut. Oleh itu, komuniti yang ingin mendapatkan pelbagai khidmat di PIK RTP Sungai Ular, boleh menghubungi talian petugas terlebih dahulu untuk membuat temujanji demi memenuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia memandangkan keadaan Pandemik Covid-19 yang semakin parah dalam masyarakat kita sekarang.
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/wanita-hari-ini?start=40#sigFreeIdeb509f93cb
Kira-kira 8000 jawatan kontrak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat akan dibuka pada tahun hadapan untuk meringankan beban kakitangan yang sedia ada serta untuk memperkasakan penyampaian perkhidmatan masyarakat. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berkata setakat ini JKM mempunyai kira-kira 6,000 warga kerja dengan lebih 3,000 daripada jumlah itu ditugaskan untuk menjaga kebajikan seramai 32 juta rakyat di Malaysia. Kementerian juga turut bercadang menambah jumlah Pelindung Kanak-Kanak dan Pegawai Akhlak JKM bagi memastikan setiap pegawai menjalankan tugas spesifik dan tidak terbeban dengan tugasan. Diharap dengan penambahan jawatan ini dapat meringankan beban warga kerja JKM sedia ada dan pada masa sama dapat memperkasakan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.