SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

>> PENDAHULUAN

1. Hari Belia Negara yang disambut 15 Mei setiap tahun merupakan pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan golongan belia kepada pembangunan negara.

2. Pertandingan Melukis Doodle ini diadakan sempena Hari Belia Negara 2024.

3. Inisiatif ini bertujuan mencungkil kreativiti seni anak muda untuk terlibat sama dalam sambutan Hari Belia Negara.

>> PENGANJUR

Majlis Belia Malaysia

Kementerian Belia dan Sukan

>> TEMA

Yakin Boleh!

>> SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Terbuka kepada semua belia Malaysia berumur 15 hingga 40 tahun.

2. Peserta boleh menghantar minimum satu (1) atau maksimum dua (2) penyertaan sahaja.

3. Medium yang dibenarkan adalah bebas. (Berwarna atau hitam putih)

4. Hasil karya mestilah asli dan idea sendiri.

5. Lukisan doodle adalah dalam saiz A4.

6. Peserta perlu memasukkan elemen ‘Yakin Boleh’, Hari Belia Negara dan Negeri Melaka dalam lukisan doodle.

7. Setiap peserta perlu mengisi maklumat penyertaan dan hasil karya hendaklah dimuatnaik (upload) dalam format PNG, PDF atau JPEG menerusi googleform https://shorturl.at/koBIY

8. Pemilihan pemenang dibuat berdasarkan kreativiti lukisan yang mengikut tema, ringkas, ceria dan menarik.

9. Keputusan panel juri penilai adalah MUKTAMAD dan tidak boleh dipertikaikan.

10. Semua hasil lukisan menjadi hak rasmi penganjur.

11. Pihak penganjur berhak menghubungi peserta yang terpilih untuk mendapatkan softcopy atau membuat pindaan atas lukisan tersebut.

12. Pertandingan ini berlangsung dari 5 hingga 25 April 2024 (Khamis), jam 12.00 malam.

>> HADIAH DOODLE TERBAIK

1. Hanya satu penyertaan sahaja akan dipilih dan pemenang akan menerima hadiah bernilai RM1,000.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ribu Sahaja)

2. Kesemua penyertaan akan menerima e-sijil penyertaan.

3. Pemenang akan dimaklumkan oleh pihak Urus setia melalui telefon, surat atau e-mel.

Urus Setia Pertandingan Melukis Doodle Hari Belia Negara 2024

D/a. Majlis Belia Malaysia

Wisma MBM, No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2

Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur

Tel : (03) 9173 2761/63

Faks : (03) 9173 2759

E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

* Link logo-logo berkaitan :

https://drive.google.com/drive/folders/1h8zPGFomfdHpEcrWZkjRvYa00MX9yt6v?usp=sharing

TARIKH : 5 Mac 2023 TEMPAT: Dewan Masjid RTP Sg.Ular Pada tarikh tersebut pegawai daripada pejabat pertanian memberi taklimat berkaitan dana bantuan baja bagi pekebun dusun durian bagi meluaskan lagi pasaran durian kampung dan kacukan dari kebun dusun RTP Sg.Ular . Dana tersebut akan di perluaskan kepada belia generasi kedua untuk melaksanakan program tersebut.

MOH KARNIVAL MAKMUR bakal menemui anda tidak lama lagi.
Bakal berlangsung selama 3 hari pada 26, 27 dan 28 Januari 2024 bertempat di Dataran Orang Kaya Haji, Kuala Lipis Pahang.
Penyertaan adalah percuma.
Ayuh kita bersama-sama menggegarkan Lipis dengan karnival yang akan berlangsung nanti.
Pelbagai pertandingan dan aktiviti menarik akan menanti anda.
Moh ler sertai ! Jumpa anda di sana...
 
 
Nikmati rebat RM5.00 bagi Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (e-LMM) Digital bermula 1 Februari 2024 hingga 31 Disember 2024
Perbaharui e-LMM untuk dapatkan rebat RM5.00 (tanpa cetakan fizikal)
Soalan Lazim Rebat RM5 - Pembaharuan e-LMM
Sebarang pertanyaan hubungi : 03-27242522

PROGRAM W-FIT PERINGKAT DAERAH LIPIS 2023 MOH HIKING 

Tarikh: 9 Disember 2023

Masa: 7.00 pagi

Tempat: Bukit Peninjau

Anjuran: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Lipis, Majlis Belia Daerah Lipis