Majlis Berbuka Puasa Bersama YAB Menteri Besar Pahang Dato Seri Wan Rosdy bin Wan Ismail di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan Pahang sempena Perasmian Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Negeri Pahang Tahun 2019 & 2020 diadakan pada 02 Mei 2021.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada YAB Menteri Besar Pahang diatas kesudian hadir bersama dan  juga diatas sumbangan yang diberikan kepada badan belia-belia di Negeri Pahang.

#MajuterusPahang

#Pahang1st

#BeliaPahang

#Bergerak

#MengerakBelia

  

Sumber : Jabatan Belia dan Sukan Negara

Sijil Pengendalian Makanan merupakan sijil yang wajib ada bagi setiap komuniti yang ingin memulakan perniagaan makanan. Oleh hal yang demikian, beberapa orang belia kawasan Kampung Sungai Ular yang ingin memulakan perniagaan makanan telah datang ke Pusat Internet RTP Sungai Ular untuk mengikuti Kursus Pengendalian Makanan secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi Google Meet. Berikut merupakan kepentingan mengikuti Kursus Pengendalian Makanan.

KEPENTINGAN KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN

** Pematuhan terhadap Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kebersihan Makanan (PKM 2009)

** Menjadi Syarat permohonan dan pembaharuan lesen perniagaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis)

** Syarat-syarat permohonan dan pembaharuan sijil HALAL oleh Jabatan Agama Islam Negeri

** Mengelak dari didenda oleh pihak PBT dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Bengkel Motor Belia 4B(M) RTP Sungai Ular telah beroperasi sepenuhnya selepas majlis penyerahan yang disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Pahang Dato' Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail baru-baru ini. Bengkel ini merupakan salah satu inisiatif semua ahli belia RTP Sungai Ular untuk membantu golongan yang tiada pekerjaan secara khususnya memandangkan mereka mempunyai kemahiran dalam bidang tersebut. Oleh itu, para komuniti yang ingin mendapatkan khidmat ini, boleh terus datang ke kedai No.4 Bangunan JKKK RTP Sungai Ular. Semoga perkhidmatan ini akan terus maju pada masa hadapan.

Pada 5 Januari 2021, sebahagian AJK Belia 4B(M) Cawangan RTP Sungai Ular telah terlibat dalam misi bantuan banjir ke beberapa buah kampung yang terlibat. Antaranya adalah Kampung Kuala Medang, Kampung Tanjung Gahai, Kampung Lubuk Kulit, Kampung Bertang, Kampung Bukit Betong, Kampung Bukit Kota dan Kampung Lubuk Kulit. Inisiatif ini juga diambil oleh para belia sebagai mewakil YAB DS Wan Rosdy Bin Wan Ismail, iaitu Menteri Besar Pahang. Komitmen yang diberikan sangatlah dihargai kerana tanda keprihatinan para belia terhadap mangsa-mangsa banjir di kawasan Mukim Batu Yon dan Mukim Ulu Jelai.