GB4B Negeri Pahang telah melangsungkan Mesyuarat Agong Tahunan di Lisnaree Resort Sg Ular yang telah dirasmikan oleh YB Dato Fakhrudin Arif Exco Kerajaan Negeri Pahang. Turut hadir YB Dato Sri Ishak Hj Muhamad Speaker DUN Pahang , Presiden MBN Pahang, Pengerusi JKKK Sg Ular, Pengerusi GB4B Pahang.
 
Majlis turut meraikan Presiden GB4B Kebangsaan Nizam Omar dan delegasi 4B Kebangsaan serta kunjung hormat bertemu MB Pahang yg ke 14 Dato Sri Diraja Hj Adnan Yaakob di Kediamannya di Kuantan. Beberapa wakil daripada GB4B Cawangan RTP Sungai Ular turut menghadiri mesyuarat tersebut.
 
TNB Reskilling Program adalah merupakan satu initiatif untuk membantu warga Malaysia mencari pekerjaan bersesuaian dengan kelayakan. Peluang pekerjaan selepas latihan adalah bersama syarikat di dalam sektor tenaga atau majikan yang mendaftar dengan kami.
 
Untuk maklumat lanjut mengenai program, sila layari https://tnbilsas.com.my/industry-employment-programSekiranya anda memerlukan pekerjaan, isi maklumat kelayakan anda di https://www.surveymonkey.com/r/reskillingmalaysia
 
Anda seorang majikan yang memerlukan pekerja? Sila daftar di https://www.surveymonkey.com/r/reskillingmalaysiacompany
WhatsApp di : 019-224 7282 atau 019-267 7282 atau 019-237 7282

Silat sebagai alat bela diri merupakan pengetahuan yang sangat penting. Silat tidak terbatas, baik dalam melakukan serangan, maupun tangkisan. Dari kepala, bahu, siku, lengan, tapak tangan, jari tangan, punggung, pinggang, pinggul, paha, lutut, tulang kering, mata kaki, tumit, jari kaki semuanya mendapat jatah latihan secara khusus.

Bermula pada 29 Ogos 2020 yang lepas, kanak-kanak dan para belia Sungai Ular dan kawasan sekitarnya telah mengikuti latihan silat yang diajar oleh tenaga pengajar yang profesional dari Persatuan Seni Silat Pukulan Pusaka Alam Benta. Latihan ini diadakan pada setiap hari Jumaat, pada jam 9.00 malam bertempat di Dewan Besar RTP Sungai Ular. 

Pada hari Ahad yang lalu (11 Oktober 2020) diadakan gotong-royong membersihkan kawasan Balai Belia RTP Sungai Ular. Tujuan utama gotong-royong ini diadakan adalah untuk menceriakan kawasan dan juga untuk pengurusan kerja-kerja belia RTP Sungai Ular nanti.

Seluruh warga Majlis Belia Negeri Pahang mengucapkan Setinggi-tinggi Tahniah kepada YBhg. Datuk M Noor Azman Bin Taib atas pelantikan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia Berkuatkuasa 10 Ogos 2020.Selamat Datang & Selamat Menjalankan Tugas.