Silat sebagai alat bela diri merupakan pengetahuan yang sangat penting. Silat tidak terbatas, baik dalam melakukan serangan, maupun tangkisan. Dari kepala, bahu, siku, lengan, tapak tangan, jari tangan, punggung, pinggang, pinggul, paha, lutut, tulang kering, mata kaki, tumit, jari kaki semuanya mendapat jatah latihan secara khusus.
Bermula pada 29 Ogos 2020 yang lepas, kanak-kanak dan para belia Sungai Ular dan kawasan sekitarnya telah mengikuti latihan silat yang diajar oleh tenaga pengajar yang profesional dari Persatuan Seni Silat Pukulan Pusaka Alam Benta. Latihan ini diadakan pada setiap hari Jumaat, pada jam 9.00 malam bertempat di Dewan Besar RTP Sungai Ular.
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/belia-harapan-bangsa?start=50#sigFreeIda31023189d
Seluruh warga Majlis Belia Negeri Pahang mengucapkan Setinggi-tinggi Tahniah kepada YBhg. Datuk M Noor Azman Bin Taib atas pelantikan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia Berkuatkuasa 10 Ogos 2020.Selamat Datang & Selamat Menjalankan Tugas.
Khidmat muda belia tidak dinafikan sangat memberi kesan yang mendalam kepada sektor pertanian kampung. Bertitik tolak daripada membiarkan tanah terbiar dipenuhi dengan semak samun, para belia RTP Sungai Ular mengambil inisiatif untuk mengusahakan penanaman sayur-sayuran dan dipasarkan juga kepada peruncit setempat. Hasil tanaman pertama mereka agih-agihkan kepada penduduk setempat sebagai cara perkongsian rezeki. Usahasama ini akan diteruskan lagi demi pembangunan kampung yang lebih mapan.
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/belia-harapan-bangsa?start=50#sigFreeId5cdfa7b4a6
📢📢TAWARAN KHAS BUAT ANAK MUDA MALAYSIA!!
Belia dan Graduan Baharu harus bijak cari peluang pasca COVID-19👨🎓👩🎓
Sertai Latihan Kemahiran Kebolehpasaran Kerja
Latihan ini merupakan inisiatif Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama HSBC Bank Malaysia bagi memberi peluang pekerjaan kepada anak muda yang belum mendapat pekerjaan. Program ini meliputi kemahiran insaniah (soft skill) penulisan resume dan temuduga, bimbingan kerjaya, kemahiran ushawan digital dan banyak lagi.🕵️♂️👨💻🤵
🗒️ Program bermula September hingga November 2020 (tertakluk kepada perubahan berdasarkan situasi semasa Covid-19), merangkumi empat zon;
📍Zon Tengah - Selangor
(Selangor,KL,Putrajaya)
📍Zon Selatan - Melaka
(Johor, Melaka, N.Sembilan)
📍Zon Utara - Kedah
(Kedah, Perlis, P.Pinang,Perak)
📍Zon Borneo - Sabah
(Sabah, WP.Labuan, Sarawak)
>BIASISWA PENUH BAGI YANG LAYAK💎 ( termasuk yuran pengajian, kit peserta, sijil, makan minum dan lain-lain)
>TERHAD KEPADA 300 PESERTA (75 peserta bagi setiap negeri)👨💼👩💼
PENDAFTARAN DIBUKA!!🏃🏻
Tarikh Tutup 28 Ogos 2020🔖
Jom daftar!
>>>http://bit.ly/prokens2020
Untuk pertanyaan lanjut 📲
www.wasap.my/+60162861300 (Alia),🙋♀️
www.wasap.my/+60182322761 (Ameer)🙋♂️
Program ini diadakan pada 15 Februari 2020 di kawasan Kuala Terla yang mana telah disempurnakan oleh YAM. Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Fahd Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah. Program ini bertujuan untuk pemulihan Hutan Simpan Sungai Ichat, Kuala Terla, Cameron Highlands hasil kerjasama daripada pemimpin-pemimpin tempatan,Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Pejabat Daerah Cameron Highlands serta Persatuan-persatuan Belia Negeri Pahang, serta para NGO dari dalam dan luar Negeri Pahang. Ia juga bertujuan untuk memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam kalangan belia khususnya dan para penduduk tempatan secara amnya.
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/belia-harapan-bangsa?start=50#sigFreeId2397136790