Pada 7 Jun 2017 telah berlangsungnya Program Kembara Ramadan di perkampungan orang asli Tanjung Gahai. Kembara ini diterajui oleh Belia 4B Malaysia Negeri Pahang dan dibantu oleh Gerakwanis Cameron Highlands. Program ini diadakan bertujuan untuk menyemarakkan lagi kasih sayang terhadap golongan Bumiputera.

 

Pada 21 Mei 2017 berlangsungnya perlawanan akhir bola sepak Piala Alex Edisi III yang mana pemain-pemain dari Keledek FC menentang Relong FC. Perlawanan ini berlangsung di Padang Majlis Daerah Lipis bermula jam 5.00 petang. Hujan renyai-renyai tidak mematahkan semangat kedua-dua pasukan ini untuk merebut gelaran juara pada tahun ini. Para pemain Keledek FC adalah terdiri daripada gabungan belia-belia seluruh DUN Jelai. Turut menyaksikan perlawanan akhir tersebut adalah Adun Jelai, YB Dato' Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail dan Adun Gua, YB Dato' Mustapha Long.

Pada 11 Mac 2017, iaitu hari Sabtu Persatuan Belia 4B Cawangan RTP Sg Ular telah bergabung dengan persatuan Belia 4B kampung sekitar menyertai pertandingan bola sepak Piala Alex bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Kampung Keledek. Objektif perlawanan ini adalah untuk memupuk semangat perpaduan antara persatuan-persatuan Belia 4B Malaysia. Berikut merupakan jadual perlawanan yang telah diatur oleh Azamuddin Akil, yang berasal dari Kampung Relong dan sekarang telah menjadi Pemain Bola Sepak Johor Darul Ta'zim.

KEJOHANAN BOLA SEPAK 11 SEBELAH TERTUTUP JEMPUTAN

ALEX CUP 2017 EDISI KE-3

JADUAL PERLAWANAN

BIL

PERLAWANAN

KUMPULAN

TARIKH/HARI

MASA SEPAK MULA

1.

KELEDEK FC vs PSBBG FC

A

11.3.2017

5.15 PETANG

2.

CHEGAR PERAH FC vs KELEDEK FC

A

14.3.2017

5.15 PETANG

3.

KELEDEK FC vs BATU 9 FC

A

18.3.2017

5.15 PETANG

4.

KERPAN 3 FC vs KELEDEK FC

A

25.3.2017

5.15 PETANG

5.

PSBBG FC vs KELEDEK FC

A

08.4.2017

5.15 PETANG

6.

KELEDEK FC vs CHEGAR PERAH

A

15.4.2017

5.15 PETANG

7.

BATU 9 FC vs KELEDEK FC

A

22.4.2017

5.15 PETANG

8.

KELEDEK FC vs KERPAN 3 FC

A

29.4.2017

5.15 PETANG

9.

Johan Kumpulan A vs N. Johan Kumpulan B

S.FINAL 1.1

06.5.2017

5.15 PETANG

10.

Johan Kumpulan B vs N. Johan Kumpulan A

S.FINAL 2.1

06.5.2017

5.15 PETANG

11.

Johan Kumpulan A vs N. Johan Kumpulan B

S.FINAL 1.2

13.7.2017

5.15 PETANG

12.

Johan Kumpulan B vs N. Johan Kumpulan A

S.FINAL 2.2

13.7.2017

5.15 PETANG

13.

FINAL

20.5.2017

5.15 PETANG

Antara aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan Belia 4B Malaysia Cawangan RTP Sungai Ular ialah mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan. Melalui aktiviti ini ianya dapat menjalinkan lagi hubungan ukhwah  di antara belia-belia dan juga warga kampung yang lain melalui penglibatan semua golongan.

Golongan belia merupakan penggerak dan juga aset penting kepada negara khususnya, dan juga kampung amnya. Kerjasama antara belia kampung dapat dilihat terutama semasa musim kenduri ataupun pertandingan-pertandingan persahabatan antara kampung-kampung sekitar. 

Antara aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan adalah:

1. Bermain bola sepak pada waktu petang

2. Bermain badminton pada waktu malam

3. Mengadakan gotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan dan Masjid

4. Mengadakan perlawanan bola sepak dan futsal secara persahabatan

5. Menyertai Hari Sukan Negara