Sirih junjung merupakan salah satu simbol utama dalam masyarakat Melayu, terutamanya dalam sesebuah majlis perkahwinan. Kepelbagaian gubahan siri junjung dapat dilihat demi memartabatkan adat dan budaya Meayu. Malahan, warisan zaman berzaman ini telah sekian lama dikenali dan menjadi peradatan dikalangan istana dan juga rakyat marhaen. Hal ini kerana ia digunakan sebagai penyeri budaya bangsa. Kini, gubahan sirih junjung kurang mendapat tempat di hati anak-anak muda terutamanya anak-anak yang hidup di bandar kerana kekangan masa untuk menggubahnya. Namun begitu, bagi para belia yang tinggal di RTP Sungai Ular, mereka masih lagi berminat untuk mencuba membuat gubahan tersebut. Hal ini dapat dilihat pada majlis perkahwinan salah seorang belia RTP Sungai Ular, kawan seangkatan belia yang lain mengambil pendekatan untuk menggubah sendiri gubahan sirih junjung untuk kawan mereka.
.
Pada 14 Julai 2017 segelintir belia telah menjalankan pemeriksaan kesihatan di Pi1M RTP Sg Ular, iaitu membuat pemeriksaan tekanan darah dan timbang berat badan.
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/belia-harapan-bangsa?start=70#sigFreeIdee9da13903
Pada 21 Mei 2017 berlangsungnya perlawanan akhir bola sepak Piala Alex Edisi III yang mana pemain-pemain dari Keledek FC menentang Relong FC. Perlawanan ini berlangsung di Padang Majlis Daerah Lipis bermula jam 5.00 petang. Hujan renyai-renyai tidak mematahkan semangat kedua-dua pasukan ini untuk merebut gelaran juara pada tahun ini. Para pemain Keledek FC adalah terdiri daripada gabungan belia-belia seluruh DUN Jelai. Turut menyaksikan perlawanan akhir tersebut adalah Adun Jelai, YB Dato' Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail dan Adun Gua, YB Dato' Mustapha Long.
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/belia-harapan-bangsa?start=70#sigFreeIdc4a8d45d3f
Pada 7 Jun 2017 telah berlangsungnya Program Kembara Ramadan di perkampungan orang asli Tanjung Gahai. Kembara ini diterajui oleh Belia 4B Malaysia Negeri Pahang dan dibantu oleh Gerakwanis Cameron Highlands. Program ini diadakan bertujuan untuk menyemarakkan lagi kasih sayang terhadap golongan Bumiputera.
Antara aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan Belia 4B Malaysia Cawangan RTP Sungai Ular ialah mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan. Melalui aktiviti ini ianya dapat menjalinkan lagi hubungan ukhwah di antara belia-belia dan juga warga kampung yang lain melalui penglibatan semua golongan.
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/belia-harapan-bangsa?start=70#sigFreeId3f5b438b11