Pertandingan Motocross telah diadakan secara besar-besaran pada 06 November 2022 hasil daripada gabungan idea Kelab Motocross Jelai dan Persatuan Belia 4B (M) berbekalkan minat anak-anak muda akan sukan permotoran. Sementelah litar motocross ditaja sepenuhnya oleh salah seorang penduduk Kampung Keledek iaitu Encik Samsir Amir dan Puan Faridah Osman yang mana pada asalnya adalah kebun kelapa sawit mereka bagi memenuhi masa terluang anak-anak muda dengan perkara yang berfaedah. Semoga Kelab Motocross Jelai terus maju jaya di masa akan datang.
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/belia-harapan-bangsa?start=20#sigFreeId4a0214c1ce