π™ƒπ™€π˜½π˜Όπ™ƒπ˜Όπ™‰ π™ˆπ˜Όπ™†π™‡π™π™ˆπ˜Όπ™‰ π™†π˜Όπ™π™‰π™„π™‘π˜Όπ™‡ π™†π™€π™π™…π˜Όπ™”π˜Ό π™…π™Šπ™ˆ π™†π™€π™π™…π˜Ό π™‹π™€π™π™†π™€π™Žπ™Š 𝙓 π™π™„π™π™ˆ π™π˜Όπ™π˜½
 
Makluman butiran lanjut adalah seperti yang berikut:
 
Tarikh : 15 Jun 2023 (Khamis)
Masa : 09.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Universiti Teknologi Mara ( Kampus Raub)
 
Pautan pra-pendaftaran : https://bit.ly/uitmXperkeso
Calon diminta untuk hadir lebih awal dan membawa resume
 
Tuan puan yang masih mencari kerja boleh sertai saluran telegram & whatsapp β€œJawatan Kosong di Pahang Temu Duga Anjuran PERKESO” seperti link berikut:
Saluran ini berkongsi info kerja kosong di seluruh Negeri Pahang dan temu duga terbuka yang dianjurkan oleh PERKESO Bentong, Temerloh dan Kuantan serta kawasan yang berhampiran bagi memberi manfaat kepada para pencari kerja.
 
Untuk senarai majikan yang terlibat dan jawatan yang ditawarkan, boleh kunjungi Facebook PERKESO Pahang.
 

YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan menyempurnakan Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA KE-32 Cambodia 2023, pada 30 April 2023.

Kontinjen Malaysia kali ini dianggotai seramai 928 orang yang terdiri daripada 677 orang atlet dan 251 orang pegawai dengan penyertaan 33 jenis sukan dan 340 acara yang dipertandingkan. Edisi kali ini kontinjen Malaysia mensasarkan 40 pingat emas, 37 pingat perak dan 64 pingat gangsa.

Edisi Sukan SEA Ke-32 ini juga turut melibatkan 387 atlet berusia bawah 23 tahun dan acara olahraga menyaksikan penyertaan teramai iaitu 65 orang atlet.

Selamat maju jaya dan selamat berjuang buat wira dan wirawati kontinjen Malaysia πŸ’ͺ🏼. Segenap lapisan rakyat Malaysia bersatu hati memberikan sokongan padu supaya kejayaan mampu di bawa pulang.

Sumber: kbs.gov.my

sea games 2023 9

TST FC JUARA LIPIS SOCIAL LEAGUE 2023
Tahniah buat pasukan TST FC yang berjaya membawa pulang Piala YH Dato' Presiden Persatuan Bolasepak Daerah Lipis setelah menewaskan STW FC dalam perlawanan sengit petang tadi.
Pasukan Seri Bukit FC dan PSBBG FC pula berkongsi tempat ketiga setelah tewas di peringkat separuh akhir.
Penyampaian hadiah tadi disampaikan oleh Presiden PBD Lipis, YH Dato' Mohd Hafizi bin Ibrahim yang juga merupakan Pegawai Daerah Lipis.
Tahniah juga diucapkan kepada pasukan KESUKMA FC, Street Team, PLD, Lipis Cops, Relong FC, Anok Kechau FC, Keledek FC dan Afzan FC di atas saingan yang sangat baik sepanjang kejohanan.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua penonton yang hadir memeriahkan kejohanan bermula 31 Januari yang lalu. Moga arena bola sepak Daerah Lipis akan terus mekar dan melangkah laju.
BOLASEPAK UNTUK SEMUA
336875972 235799742235344 6880117034218057261 n

Kerajaan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 dengan peruntukan RM400 juta yang akan memberi manfaat kepada dua juta belia berusia 18 hingga 20 tahun.

Inisiatif ini merupakan inisiatif tahunan Kerajaan yang pernah ditawarkan sebelum ini dalam Belanjawan 2022 (e-Pemula).

Program ePemula merupakan ialah satu inisiatif kerajaan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2022 oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Program ini bertujuan meringankan beban kewangan golongan belia selain membantu pemulihan perniagaan para pekedai fizikal serta menggalakkan transaksi tanpa tunai.

Program pada 2022 tersebut telah memanfaatkan sekitar 2 juta rakyat Malaysia, di mana Kerajaan akan menawarkan kredit ePemula bernilai RM150 yang boleh digunakan bagi pembelian melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.

Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (rewards points) dan β€˜coins’.

Penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program ePemula 2022 ini adalah: BigPay; GrabPay; ShopeePay; dan Touch β€˜n Go eWallet.

Untuk mendapatkan info terkini, sila rujuk laman web rasmi Portal Belanjawan 2023 Malaysia Madani : https://budget.mof.gov.my/manfaat/rakyat-kewangan.html

belia

etunai belia rahmah