Serlahkan bakat dan minat anda melalui TikTok.
Tunjukkan keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama di TikTok masing-masing.
Mereka yang bertuah - berpeluang menang iPhone 14 Pro. Ada 3 pemenang utama pula tu.
Pertandingan anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) ini terbuka untuk semua belia berusia 15-30 tahun.
Pertandingan bermula hari ini 1 Januari sehingga 31 Januari 2023.
Terma dan Syarat-syarat Penyertaan👇
Selamat Tahun Baharu 2023!
Majlis Belia Negeri Pahang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Encik Fadzli bin Mohamad Kamal di atas pelantikan sebagai Exco Komunikasi & Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan.
Ikhlas,
Majlis Belia Negeri Pahang
 
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) mempelawa saudara/ saudari berumur 18 hingga 40 tahun untuk mengambil bahagian dalam kajian ini. Maklumbalas yang diberikan hanya digunakan untuk tujuan penyelidikan sahaja.
 
Klik pautan http://bit.ly/persepsi-rasuah untuk memberikan maklumbalas.
Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Pertandingan Motocross telah diadakan secara besar-besaran pada 06 November 2022 hasil daripada gabungan idea Kelab Motocross Jelai dan Persatuan Belia 4B (M) berbekalkan minat anak-anak muda akan sukan permotoran. Sementelah litar motocross ditaja sepenuhnya oleh salah seorang penduduk Kampung Keledek iaitu Encik Samsir Amir dan Puan Faridah Osman yang mana pada asalnya adalah kebun kelapa sawit mereka bagi memenuhi masa terluang anak-anak muda dengan perkara yang berfaedah. Semoga Kelab Motocross Jelai terus maju jaya di masa akan datang.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang & Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) Pahang akan menganjurkan Pertandingan Video Pendek Sempena Hari Malaysia yang terbuka kepada semua anak muda dan Belia Negeri Pahang.
Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan dan memuatnaik video penyertaan dalam link Google Drive yang disediakan oleh pihak Sekretariat. Semua peserta diwajibkan untuk menyertai channel Telegram ini bagi memudahkan urusan pihak Sekretariat mengemaskini info info terkini berkaitan dengan pertandingan .
 
Pautan Channel Telegram Peserta :
Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30 September 2022 (Khamis) jam 12.00 PM. Sebarang Pertanyaan anda boleh menghubungi En Mahendran di talian 0168509223.
Ayuh kita sama-sama jayakan dan semarakkan lagi Program Pertandingan Video Pendek Sempena Hari Malaysia 2022 🇲🇾 #SPRMYARMPahang dengan penyertaan anak Muda Negeri Pahang!