http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/sejarah?start=5#sigFreeId31c5391c02
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/sejarah?start=5#sigFreeId206e34cb22
SUNGAI JELAI - anak SUNGAI PAHANG yang penting selain SUNGAI TEMBELING kerana sejak zaman berzaman Lembah SUNGAI JELAI dan Lembah SUNGAI TEMBELING mempunyai penghuni yang padat. Di sepanjang SUNGAI JELAI bermula dari muara hingga ke hulu telah wujud KAMPUNG-KAMPUNG TRADISI yang dibuka oleh para pengasas yang sebahagian zuriat mereka masih menjadi penghuni di kampung berkenaan.
Sebagai generasi yang telah, sedang dan akan menikmati perubahan kampung seperti seadanya sekarang, kita wajar mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas sumbangan PENGASAS KAMPUNG yang penuh bijaksana meneroka petempatan untuk anak-anak cucu yang kemudian.Generasi kini wajar mengenal siapakah tokoh yang menjadi PENGASAS KAMPUNG TRADISI di tempat kita tinggal sekarang. Info yang ada sekarang menunjukkan kebanyakan kita tidak mengetahui NENEK-MOYANG kita yang bersusah-payah meneroka dan membuka sesuatu tempat dan menjadikannya petempatan untuk mereka, dan anak cucu yang terkemudian.
Kampung-Kampung Tradisi ini sebelum dapat diakses melalui jalan raya - SUNGAI JELAI merupakan LEBUH RAYA utama. Informasi yang ada sekarang mungkin tidak begitu tepat - tetapi KAMPUNG-KAMPUNG TRADISI di sepanjang SUNGAI JELAI seperti di bawah telah diasaskan oleh tokoh-tokoh yang pernah disebut dari generasi ke generasi. Pentadbit blog ini amat mengalu-alukan pengunjung blog untuk berkongsi maklumat jika terdapat info yang lagi tepat.
MELA
Diasas dan dibuka oleh TOK RAHIM@TOK MELA keturunan Acheh - 1809. Beliau berkahwin dengan Siti Sarah@Hitam Cuai.
KUALA KENONG
JERAM BUNGOR
KUALA LANAR
TANJUNG LIPIS
Diasas dan dibuka oleh TUN IBRAHIM (Bangsawan Melayu Melaka) - 1615M
PEKAN LIPIS
Diasas dan dibuka oleh ORANG KAYA SETIA RAJA HAJI WAN DAUD BIN PANGLIMA PERANG WAN PAHANG - 1863M.
YONG BELIK
Diasaskan oleh BAGINDA DEMU.
PADANG TENGKU
RELONG
Diasas dan dibuka oleh TOK LINGGI@RAJA AHMAD - 1795M
BERCANG
Diasas dan dibuka oleh TOK UTIH BOMO.
LUBOK KULIT
Diasas dan dibuka oleh MENTERI SELAMAT.
TELANG
Diasas dan dibuka oleh Tok MUDA YUSOF
TG. BETONG
BUKIT KOTA
Diasas dan dibuka oleh SRI MAHARAJA PERBA WAN ISMAIL@WAN SARAH BIN WAN MUHAMMAD (MAHARAJA PERBA KE-III).
BUKIT BETONG
BERTANG
TANJUNG GAHAI
Diasas dan dibuka oleh TOK TEKOK dan TOK SENGKUANG - 1899M.
PULAU BADAK
KETUYONG
KUALA MEDANG
JELAI KECIL
Sumber : FB Janggut Putih
LIPIS 27 Jan. - Mungkinkan banyak lagi barangan berharga termasuk emas ditemukan?
Sejumlah seramik dagangan China dan Eropah yang berusia ratusan tahun turut ditemukan sekitar tapak jumpaan bangkai kapal berusia ratusan tahun berhampiran Kampung Pagar di sini selain pecahan kayu kapal berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, sehubungan itu Muzium Pahang dan Jabatan Warisan Negara akan mendapatkan maklumat saintifik dalam memastikan keseluruhan artifak yang tertinggal berkaitan kapal tersebut dapat ditemukan.
Beliau memberitahu, dalam fasa seterusnya pihak berkaitan akan melakukan eksvakasi arkeologi di kawasan berkenaan.
"Daripada tinjauan permukaan dijalankan lebih 100 pecahan kayu ditemukan yang dipercayai merupakan sebahagian daripada badan kapal tersebut, ia berdasarkan morfologi dan jenis kayu dan paku yang terdapat pada jumpaan-jumpaan tersebut.
"Turut ditemukan sejumlah seramik dagangan yang seusia dengan relik kapal itu yang terdiri daripada seramik China dan eropah di sekitar tapak jumpaan,"katanya di sini hari-hari ini.
Sebahagian struktur kapal yang hampir lengkap ditemukan terdampar berhampiran Sungai Lipis setelah berlaku banjir besar pada 14 Januari 2021 oleh penduduk kampung setelah banjir surut.
Sehubungan itu, Jabatan Warisan Negara (JWN) pada 16 Januari sehingga 18 Januari lalu telah melawat ke tapak jumpaan sebuah struktur kapal di Kampung Pagar, Mukim Penjom di sini.
Seterusnya pada 19 sehingga 24 Januari, kerjasama antara Jabatan Warisan Negara (JWN) bersama
Perbadanan Muzium Negeri Pahang dan bantuan masyarakat kampung menjalankan proses penyelamatan termasuk mendokumentasi, merekodkan dan memelihara artifak yang tinggal untuk ditempatkan di Muzium Warisan Lipis yang kini di dalam pengawasan dan penjagaan oleh Pejabat Daerah Lipis.
Dalam pada itu, Mohd. Sharkar berkata, daripada analisis awal yang dilakukan mendapati kapal itu berkemungkinan jenis “steam ship” bersaiz di antara 25 meter sehingga 300 meter panjang.
Jelasnya, berdasarkan rekod sejarah kapal tersebut berkemungkinan dapat dikaitkan dengan kegiatan perlombongan emas di Penjom yang beroperasi sejak abad ke-19 lagi.
"Berdasarkan rekod sejarah, terdapat beberapa
kapal jenis “steam ship” telah beroperasi atau melalui di sepanjang sungai Pahang di Kuala Pahang sehingga sungai Lipis yang Alnntaranya, SS Amherst yang dilaporkan karam di Kuala Pahang dan kapal Seri Pahang yang dipercayai karam di Paloh Hinai, Pekan.
"Berdasarkan rekod, terdapat sebuah kapal lagi pernah beroperasi di kawasan ini, iaitu SS Senyum yang mana Kapal SS Senyum beroperasi di bawah syarikat perlombongan emas Penjom, namun tiada rekod ia karam.