๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—œ๐—•๐—”๐—ฅ ๐—๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—ฅ ๐—š๐—˜๐— ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฎ
Saksikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob dibawakan khas dari Dataran Putra, Putrajaya pada 30 Julai 2022 (Sabtu), pukul 8.00 pagi.
Tonton secara langsung di stesen televisyen tempatan dan Facebook live Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM

Hutan hujan tropika adalah satu ekosistem kompleks yang juga menjadi habitat kepada pelbagai spesies haiwan. Terdapat pelbagai kepentingan hutan terhadap negara bukan sahaja dari segi sektor pembalakan. Pemuliharaan hutan adalah salah satu alternatif untuk mengurangkan impak perubahan iklim, di mana jika perancangan mitigasi perubahan iklim tidak dilaksanakan secepat mungkin, ia akan menyebabkan reaksi berantai dimana tiba satu tahap ia akan mempengaruhi ekonomi negara. Ayuhlah kita memulihara hutan kita untuk masa depan yang lebih cerah untuk generasi akan datang!

Sumber : Majlis Belia Pahang

 

Salah satu tarikan pelancongan di Daerah Kuala Lipis pada masa sekarang adalah terdapat sebuah van antik Jepun yang telah diubahsuai menjadi van aiskrim oleh tuannya sendiri, iaitu Tuan Rostam. Van aiskrim cinoni ini turut menyumbang kepada 'charming' pekan klasik di daerah ini. Van antik yang telah diubahsuai ini diberi nama "Van Kechill". Antara makanan yang dijual di dalamnya adalah, 'Ice Cream Sandwich Bananana', Shinjuku cake with ice cream, banana split with a Lepih twist. Kebiasaannya, Van Kechill ini akan parking berhadapan coffe palace yang terkenal, iaitu The Sidang Kopi, iaitu  menerusi Jalan Jelai.

Sumber : A Shukri Elias, Sulur Bayung 2022

Fasa โ€˜Peralihan ke Endemikโ€™ bermula 1 April 2022, merupakan โ€˜exit strategyโ€™ untuk membolehkan Keluarga Malaysia kembali kepada kehidupan hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.
 
Kerajaan juga memutuskan supaya sempadan negara dibuka semula pada 1 April 2022 selari dengan Fasa โ€˜Peralihan Ke Endemikโ€™.
Bagi negara yang masih menutup pintu sempadan, Keluarga Malaysia boleh menggunakan kaedah Vaccinated Travel Lane (VTL) yang dipersetujui Kerajaan Malaysia dengan negara-negara terbabit.
 
Rakyat asing yang keluar masuk ke Malaysia hanya perlu muat turun dan mengaktifkan aplikasi Mysejahtera dan melengkapkan Pre-Departure Form melalui fungsi โ€˜Travellerโ€™ dalam MySejahtera.
 
Keputusan terkini ini dapat merancakkan semula ekonomi negara secara keseluruhan khususnya industri pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.