Kali ini kami membawakan salah satu agensi pelancongan yang ada di Kuala Lipis untuk rujukan para komuniti yang ingin menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan yang sah dan berdaftar. Tuah Travel & Tours (M) Sdn.Bhd. Lipis adalah berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Agensi ini telah ditubuhkan pada 27 Oktober 1986 dengan nombor pendaftaran 157109-T. Agensi ini menyediakan perkhidmatan lawatan tempatan, program pendidikan serta perkhidmatan perhotelan. Agensi ini sangat aktif memberi komitmen dalam industri pelancongan khususnya di negeri Pahang.

Oleh yang demikian, komuniti yang ingin menggunakan perkhidmatan Agensi Tuah Travel & Tours ini boleh terus menghubungi mereka melalui talian www.wasap.my/0139515218 atau boleh melewati Facebook Page https://www.facebook.com/tuahtravel/ .

Salah satu lagi tempat menarik untuk dinikmati suasananya oleh komuniti yang ingin merehatkan minda jauh dari hiruk-pikuk kota. Taman Rekreasi Pos Lenjang ini terletak kira-kira 61 kilometer dari PI RTP Sungai Ular, yang mana memakan masa selama lebih kurang 1jam 45 minit untuk sampai ke Taman Rekreasi Pos Lenjang. Untuk sampai ke tempat tersebut, komuniti perlu melalui Jalan Sungai Koyan-Jalan Ringlet.

Program ini akan berlangsung pada 15 Februari 2020. Oleh itu komuniti yang berminat untuk menyertai program ini boleh membuat pendaftaran bermula 2 Disember 2019 sehingga 31 Januari 2020 dengan melayari laman sesawang https://www.jomrun.com atau hubungi terus di talian 019-968 8379 (E), 019-372 1812(Nizam) dan 017-326 3067 (Husnan).

Berikut merupakan kategori dan bayaran yang dikenakan;

15km - RM75

10km - RM55

5km   - RM35

(Harga adalah termasuk t-shirt, medal, goodies dan cabutan bertuah)

Para peserta yang menang akan diberi hadiah wang tunai mengikut kategori berikut;

15km - Tempat pertama RM300

          - Tempat kedua RM200

          - Tempat Ketiga RM100

10km - Tempat pertama RM200

          - Tempat kedua RM100

          - Tempat ketiga RM80

5km   - Hamper untuk 10 peserta terpantas

Selain itu terdapat juga pelbagai aktiviti untuk para pengunjung dan kanak-kanak termasuk cabutan bertuah.

 

Plaza Hotel Lipis telah ditubuhkan pada tahun 1995 yang mana dahulunya dikenali sebagai Lipis Inn. Hotel ini terletak di jalan utama menuju ke pusat bandar Kuala Lipis, iaitu kira-kira 10 minit berjalan kaki ke dari hotel. Plaza Hotel Lipis ini menyediakan penginapan yang selesa dan suasana hotel bertaraf 2 bintang yang terdiri daripada 51 buah bilik, sebuah restoran yang menghidangkan makanan kampung serta dewan jamuan yang sesuai untuk badan korporat atau swasta. Para komuniti atau pelancong yang berhasrat untuk menginap di Plaza Hotel Lipis ini boleh  terus menghubungi talian 09-3125521.

Bagi pelancong yang bercuti di Cameron Highlands, Taman Agroteknologi MARDI adalah destinasi menarik yang mesti dikunjungi. Lokasinya ialah di Tanah Rata. Selain berfungsi sebagai pusat penyelidikan, ia turut menyediakan berbagai tarikan seperti taman bunga beraneka jenis, ladang teh, strawberi dan lain-lain bagi menggamit pengunjung. Ia turut menawarkan aktiviti pelancongan seperti jungle trekking, lawatan kilang pemprosesan dan penyelidikan. Kawasannya sangat luas iaitu sekitar 42 hektar yang merangkumi bangunan pusat penyelidikan, pusat informasi, taman herba, taman orkid, taman ros dan English Garden.

Taman Agroteknologi MARDI terletak di pinggir pekan Tanah Rata. Lokasinya agak ke dalam sedikit dikelilingi kawasan berbukit. Pengunjung boleh rujuk GPS, Waze atau Google Maps app untuk terus ke sana.

Alamat:
Agro Technology Park MARDI Cameron Highlands
39007 Tanah Rata
Pahang

Hubungi:
Tel. : 605 - 491 1255, 605 - 491 5945
Fax : 605 - 491 2170

Waktu melawat:
Rabu hingga Isnin : 8.00 am - 5.00 pm
Selasa : Tutup
Cuti Sekolah dan Cuti Umum (Tutup pada cuti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha) : 8.00 am - 5.00 pm

Bayaran masuk:
Dewasa : RM5
Kumpulan Dewasa : RM120/bas
Pelajar : RM2
Kumpulan Pelajar : RM60/bas
Warga Emas (Atas 60 tahun) : RM2
Bawah 6 Tahun / Kurang Upaya (OKU) : Percuma