Masjid ini terletak berhampiran puncak sebuah bukit di Bukit Kota, Bukit Betong. Menurut penduduk tempatan, masjid ini juga pernah menjadi pusat pemerintahan beberapa orang Maharaja Perba Jelai. Oleh sebab itu, setiap individu yang memegang jawatan dikenali sebagai Tok Raja. Berikut merupakan gambar Masjid Batu Yon Bukit Kota, Bukit Betong.

 

Ia merupakan jambatan lama yang dibina daripada besi tempa, dan tiang pusat dibina dari jutaan batu bata bumi. Terdapat juga laluan kaki untuk pejalan kaki yang dibuat dari 5 papan besi tanpa dan pagar keselamatan. Inilah jalan yang diambil oleh kampung-kampung, tidaka kira muda atau tua untuk menyeberang jalan. Yang mengejutkan, tidak ada catatan siapa pun yang tergelincir dan jatuh ke kematian tertentu ke dalam sungai. Malahan terdapat satu kisah ketika pesawat British mengebom jambatan itu pada tahun 1941 dalam usaha melambatkan pergerakan Jepun ke Singapura.

download 2

Kawasan tadahan air yang pada satu masa dahulu digunakan untuk mengairi tanaman padi di Kg Keledek yang kini dijadikan kawasan memancing terutamanya penduduk setempat. Popular dengan acara aktiviti ‘Buka Empang’ yang merupakan pesta menangkap ikan setahun sekali yang amat ditunggu-tunggu oleh penduduk setempat. Kawasan empang ini telah diperluaskan dan dipenuhi dengan pelbagai jenis ikan yang dipelihara secara sangkar. 

Jarak Lokasi dari Pi1M RTP Sg Ular adalah kira-kira 2km (3min) 

MENARIK DI BUKIT BETONG

Bukit Betong adalah sebuah kampung kecil yang terletak kira-kira 26 km dari jalan utama Kuala Lipis. Ia digunakan sebagai titik transit bagi pengangkutan produk yang dikumpulkan dari sekitar Sungai Jelai (Sungai Jelai). Pada zaman dahuu, barang-barang tersebut diangkut dari sungai Kuala Medang, menggunakan rakit atau bot kecil ke jeti yang bertempat di Bukit Betong. Destinasi penghantaran barang in diteruskan lagi dengan menggunakan perkhidmatan keretapi dari Stesen Bukit Betong meghala ke stesen-stesen berdekatan.

Pada masa kini, dengan adanya sistem jalan yang lebih baik, sungai tidak lagi digunakan. Malahan, jeti dan perkhidmatan kereta api sudah tiada kepentingannya agi. Sebelum 1980, kereta api digunakan sebagai mod pengangkutan utama. Terdapat 3 jenis jadual perjalanan keretapi harian dari Chegar Perah ke Kuala Lipis. Jadual perjalanan perkhidmatan kereta api yang paling awal adalah bermula pada jam 6.30 pagi. Perkhidmatan kereta api seawal pagi ini dijadualkan untuk membolehkan pelajar menghadiri sesi persekolahan di Kuala Lipis. Manakala jadual perjalanan keretapi pada waktu petang pula adalah pada jam 2.30 petang. Hal ini bagi membolehkan para pelajar yang telah selesai sesi persekolahan mereka menggunkan perkhidmatan ini untuk kembali ke rumah masing-masing. Memandangkan bilangan penumpang adalah tinggi pada satu-satu masa, ada segelintir penumpang yang tidk bernasib baik untuk menduduki kerusi yang disediakan di dalam gerabak kereta api. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa berdiri sepanjang perjalanan dari Stesen Keretapi Kuala Lipis menuju ke Stesen Keretapi Bukit Betong. Stesen keretapi ini sangat menarik kerana ianya merupakan salah satu bangunan yang dibina oleh British Kolonial. Namun begitu, pada hari ini stesen yang dibina pada tahun 1940 sudah tiada lagi. Pada zaman kegemilangan keretapi, terdapat dua orang kakitangan untuk stesen itu. Mereka menggunakan lampu tanglung sebagai persediaan untuk menyalakan sistem isyarat yang menunjukkan bahawaa keretapi akan sampai ke stesen tersebut. 

Sumber: JKKK Bukit Betong

 

Pelbagai Aktiviti turut diadakan untuk memeriahkan lagi pakej yang diambil oleh mereka. Antaranya:-

1) Mandi bersama ikan

Para pelancongan boleh bermandi-manda bersama-sama dengan ikan yang dibiar bebas di Sungai Jelai.

2) Menaiki sampan dan berakit menyusuri Sungai Jelai

Aktiviti menaiki sampan untuk melihat pemandangan alam tropika yang  nyaman. Apa yang boleh diperhatikan di sini adalah pemandangan hutan dan juga kawasan pesisir kg di sepanjang Sungai Jelai ini.

3) Main gasing

Pertunjukan permainan gasing sering diadakan untuk tontonan para pelancong asing luar dan juga dalam negara.

4) Emping beras

Proses membuat Emping beras ini dipertontonkan kepada para pelancong kerana proses pembuatannya mempunyai keunikan yang tersendiri walaupun prosesnya memakan masa yang lama. Namun, kelazatan Emping Beras ini dapat dinikmati tanpa gagal.

5) Tarian tradisional

Para pelancong akan dipersembahkan dengan persembahan tarian tradisional oleh pelajar-pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah. Antaranya adalah Tarian Joget Pahang dan Tarian Sewan masyarakat orang asli.

6) Berkhemah di tebing Sungai Jelai

Kebiasaannya aktiviti ini dilakukan oleh para pelajar sekolah yang mengikuti kem pelajar. Namun, para pelancong juga boleh menikmati aktiviti ini dengan dikawal selia oleh pihak yang bertanggungjawab. 

Selain dari itu banyak lagi aktiviti lain yang boleh dilakukan di homestay Kuala Medang ini misalnya melawat ladang rusa, mencuba madu kelulut, merasa masakan tradisional orang Pahang seperti pais lampam, ikan patin masak tempoyak, ulam-ulaman dan lain-lain lagi. Di kampung Kuala Medang ini juga terdapat hasil kampungnya tersendiri seperti pembuatan mee kuning dan juga sambal hitam yang sangat terkenal di negeri Pahang.