Kerajaan memutuskan untuk membenarkan aktiviti pelancongan domestik menerusi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan berkuat kuasa Rabu ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia selaras dengan fasa penjanaan semula ekonomi negara dan tiada lagi sekatan rentas negeri dikenakan.
Pengumuman itu dijangka akan memberi kelegaan kepada pengusaha sektor pelancongan termasuk industri perhotelan yang terjejas teruk sejak penularan pandemik koronavirus (Covid-19) sebelum ia semakin parah selepas PKP dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu.
Pada 13 Mac lalu, Muhyiddin berkata, sektor pelancongan negara dianggarkan mengalami kerugian keseluruhan sebanyak RM3.37 bilion dari Januari hingga Februari 2020 akibat penularan wabak itu.
Sumber : Akhbar Sinar Harian
Kali ini kami membawakan salah satu agensi pelancongan yang ada di Kuala Lipis untuk rujukan para komuniti yang ingin menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan yang sah dan berdaftar. Tuah Travel & Tours (M) Sdn.Bhd. Lipis adalah berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Agensi ini telah ditubuhkan pada 27 Oktober 1986 dengan nombor pendaftaran 157109-T. Agensi ini menyediakan perkhidmatan lawatan tempatan, program pendidikan serta perkhidmatan perhotelan. Agensi ini sangat aktif memberi komitmen dalam industri pelancongan khususnya di negeri Pahang.
Oleh yang demikian, komuniti yang ingin menggunakan perkhidmatan Agensi Tuah Travel & Tours ini boleh terus menghubungi mereka melalui talian www.wasap.my/0139515218 atau boleh melewati Facebook Page https://www.facebook.com/tuahtravel/ .
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan?start=45#sigFreeId5ad7e9ef11
Plaza Hotel Lipis telah ditubuhkan pada tahun 1995 yang mana dahulunya dikenali sebagai Lipis Inn. Hotel ini terletak di jalan utama menuju ke pusat bandar Kuala Lipis, iaitu kira-kira 10 minit berjalan kaki ke dari hotel. Plaza Hotel Lipis ini menyediakan penginapan yang selesa dan suasana hotel bertaraf 2 bintang yang terdiri daripada 51 buah bilik, sebuah restoran yang menghidangkan makanan kampung serta dewan jamuan yang sesuai untuk badan korporat atau swasta. Para komuniti atau pelancong yang berhasrat untuk menginap di Plaza Hotel Lipis ini boleh terus menghubungi talian 09-3125521.
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan?start=45#sigFreeId105142bd5d
Salah satu lagi tempat menarik untuk dinikmati suasananya oleh komuniti yang ingin merehatkan minda jauh dari hiruk-pikuk kota. Taman Rekreasi Pos Lenjang ini terletak kira-kira 61 kilometer dari PI RTP Sungai Ular, yang mana memakan masa selama lebih kurang 1jam 45 minit untuk sampai ke Taman Rekreasi Pos Lenjang. Untuk sampai ke tempat tersebut, komuniti perlu melalui Jalan Sungai Koyan-Jalan Ringlet.
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan?start=45#sigFreeId3d89bccbc2
Program ini akan berlangsung pada 15 Februari 2020. Oleh itu komuniti yang berminat untuk menyertai program ini boleh membuat pendaftaran bermula 2 Disember 2019 sehingga 31 Januari 2020 dengan melayari laman sesawang https://www.jomrun.com atau hubungi terus di talian 019-968 8379 (E), 019-372 1812(Nizam) dan 017-326 3067 (Husnan).
Berikut merupakan kategori dan bayaran yang dikenakan;
15km - RM75
10km - RM55
5km - RM35
(Harga adalah termasuk t-shirt, medal, goodies dan cabutan bertuah)
Para peserta yang menang akan diberi hadiah wang tunai mengikut kategori berikut;
15km - Tempat pertama RM300
- Tempat kedua RM200
- Tempat Ketiga RM100
10km - Tempat pertama RM200
- Tempat kedua RM100
- Tempat ketiga RM80
5km - Hamper untuk 10 peserta terpantas
Selain itu terdapat juga pelbagai aktiviti untuk para pengunjung dan kanak-kanak termasuk cabutan bertuah.
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan?start=45#sigFreeIdaf66367222