Taman Tema Air merupakan salah satu kegiatan ekopelancongan rekreasi. Baru-baru ini Taman Tema Air Jengka telah dibuka kepada orang ramai yang ingin menghabiskan masa hujung minggu bersama dengan keluarga. Ianya telah beroperasi pada 1 Disember 2018. Pelbagai kemudahan disediakan untuk para pengunjung. Antara kemudahan yang disediakan di Jengka Wonderland ialah surau, tandas, bili persalinan, meja wakaf, cafe dan gazebo untuk disewa. Pengunjung juga boleh membawa makanan sendiri dari rumah. 

Bagi yang belum pernah datang ke Jengka Wonderland, bolehlah mengambil peluang bersama keluarga untuk datang merasai sendiri keseronokan bermain di taman tema air ini. Persekitaran yang bersih juga memberi keselesaan kepada pengunjung yang datang. Harga tiket dan juga kadar sewa kemudahan adalah sangat berpatutan dan bersesuaian dengan persekitaran di sana.  

HARGA TIKET : 
   ~ Dewasa : RM15 
   ~ Kanak-kanak : RM12
   ~ Warga Emas/OKU : RM8

WAKTU OPERASI :
   ~ Isnin - Khamis  : 10.30 am - 7.30 pm 
   ~ Sabtu - Ahad : 9.00 am - 7.30 pm 
   ~ Khamis : Tutup

HUBUNGI :
   ~ 019 669 2377 

 

Asal usul sejarah PADANG TENGKU

pdgtengku pAdgtengku pdg tengku


Padang Tengku

Padang Tengku ini adalah sebuah perhentian keretapi diantara Kuala Lipis dengan Bukit Betong. Letaknya dalam Mukim Gua Daerah lipis lebih Kurang 6 batu darii Kuala Lipis.

Mengikut ceritanya iaitu selepas ‘Perang Saudara 1857-1863’ orang-orang Rawa yang dibawa masuk ke Pahang oleh Wan Daud (Orang Kaya Haji) dibenarkan pulang ke Selangor. Akan tetapi ramai yang mahu menetap di Pahang. Mereka dibenarkan mencari tempat yang disukai asalkan tempat itu masih belum didiami orang.

Beberapa orang Rawa yang diketuai oleh Tengku Abdul samad (Tengku Samad) telah membuka suatu kawasan. Mereka berumah tangga dan bercucuk tanam disana. Waktu petang mereka bermain sepak raga di sebuah padang berhampiran dengan tempat kediaman mereka.

Melihat Tengku Samad dan orang-orangnya bermain sepak raga itu maka ramailah orang-orang yang tinggal disekitar kawasan itu datang bermain sama. Orang-orang yang pergi bermain itu apabila ditanya akan menjawab mereka hendak bermain sepak raga di padang Tengku Samad dan orang-orang yang pulang apabila ditanya akan menjawab yang mereka balik dari bermain sepak raga di padang Tengku Samad. Sebab itu padang tempat mereka bermain sepak raga itu dipanggil Padang Tengku Samad. Sesudahnya tinggal Padang Tengku sahaja. Apabila kawasan itu jadi sebuah kampung maka kampung itu dipanggil kampung Padang Tengku.

Pada mulanya Padang Tengku cuma boleh dihubungi dengan mengunakan perahu ikut Sungai Jelai. Kemudian pada tahun 1926 mendapat kemudahan jalan keretapi melalui jalan Gemas –Gua Musang. Pada masa itu Padang Tengku adalah sebuah perhentian keretapi yang terkenal. Ia digunakan oleh syarikat Selborne Plantation yang terletak disebelah kiri hilir Sungai Jelai.

Pahang Club adalah bangunan terawal yang dibina oleh British iaitu pada tahun 1867. tapak bangunan ini merupakan tapak pertama di mana pihak Inggeris mula-mula mentadbir Pahang. Rumah ini dibina untuk tujuan kediaman Hugh Cliford yang pada ketika itu memegang jawatan ‘Superintendent’ Ulu Pahang yang menetap di Kuala Lipis. Pada Jun 1898, Kuala Lipis telah menggantikan Pekan sebagai ibu negeri Pahang. Bermula dari tarikh itu,rumah itu telah dijadikan kediaman untuk Residen british. Ketika itu Residen British ialah Hugh Cliford dan beliau telah memikirkan untuk membina sebuah kediaman yang lebih sesuai untuk memudahkan beliau mengawal kawasan Lipis. Oleh itu, beliau telah menemui tapak yang lebih sesuai iaitu Bukit Residen. Sementara menunggu rumah di Bukit Residen siap, beliau menetap di Rumah Kelab Pahangitu sehingga tahun 1922.

Apabila residen berpindah ke rumah residen pada tahun 1922, rumah kelab tersebut telah didiami oleh inspektor polis British hingga tahun 1926. Inspektor polis ini telah mengetuai keanggotaan polis British di mana ahli-ahlinya terdiri daripada orang-orang Sibu , Dayak dan Melayu serta kesemua anggota polis tersebut berjumlah 100 orang.

Pada pertengahan tahun 1926, rumah kelab ini telah ditinggalkan dan kemudiannya kerajaan Inggeris telah menjadikan rumah ini sebagai kelab khas untuk pegawai-pegawai British sahaja. Rumah yang asalnyakediaman residen ini sedikit pun tidak dilakukan pengubahsuaian terutamanya ruang dalamannya. Ini bertujuan untuk menjaga keaslian seni binanya. Semasa ia menjadi kelab Pahang, rumah ini memang dikawal rapi. Menurut Pak Razak, seorang tukang kebun, bukan sebarangan orang yang boleh naik yang mana pakaian mestilah kemas, bertali leher dan melambangkan status pada ketika itu. Bak kata Pak Razak lagi, kasut orang yang naik itu sekilat lantai kelab ini yang digilap setiap hari. Semasa rumah ini ditinggalkan dahulu, ia pernah diura-urakan untuk dijadikan istana tetapi perkara ini didiamkan kerana cadangan tersebut ditolak oleh pihak istana.

Pada tahun 1957, keahlian kelab ini hanya untuk orang-orang kenamaan, orang British dan pegawai tinggi kerajaan sahaja. Kemudian apabila Malaya merdeka, keahliannya dibuka untuk orang-orang tempatan yang berduit dan tidak mengira kaum. Secara umumnya, aktiviti kelab ini ialah untuk kemudahan rekreasi, aktiviti sukan seperti tenis, badminton dan sepak takraw. Selain itu, ia juga menjalankan aktiviti kemasyarakatan. 

Sumber : Majlis Daerah Kuala Lipis

video di Sini

Kuala Lipis bermula daripada sebuah perkampungan kecil di pinggir sungai yang lokasinya di pertemuan muara Sungai Lipis dan Sungai Jelai. Di sinilah Sejarah Kuala Lipis itu bermula. Pekan Kuala Lipis mula dinaiktaraf sebagai Bandar Kuala Lipis dalam tahun 1889. Ketika itu, deretan kedai yang mulanya diperbuat daripada kayu, dan beratapkan atap rumbia atau atap pedor mula diganti dengan bangunan batu, manakala jalan raya telah dibina di dalam bandar, serta kawasan yang menempatkan jabatan-jabatan kerajaan British.  Pembangunan Bandar Kuala Lipis memang menjadi keutamaan British ketika itu berbanding dengan bandar-bandar lain di Pahang seperti Raub, Bentong, Rompin, Kuantan, dan Pekan. Justeru, beberapa bangunan yang didirikan sewaktu Pentadbiran British Pahang berpindah ke Kuala Lipis (1891) dari Pekan seperti Pejabat Pos (1910), Clifford School (1913), Kediaman Bekas SUK Pahang (1920), Rumah Residen (1922), Istana Hinggap (1926), Asrama Jururawat (1926), Stesyen Keretapi (1926), Clifford Malay Hostel (1926), dan Rumah Pegawai Daerah (1929) memperlihatkan rekabentuk bangunan hasil cita rasa Pegawai Kolonial British masa itu.  Dari segi rekabentuk bangunan yang didirikan di Bandar Kuala Lipis (Lama) itu pula, kajian menunjukkan kepelbagaian ciri seperti : “art deco”, “utilitarian”, “sino-palladian”, dan “straits eclectic”.Kebanyakan rumah kedai di Jalan Besar mula dibina ketika zaman kolonial pada awal 1920an. Dihujung jalan ada sebuah kedai (sekarang Chinese Booktore) yang siap dibina pada tahun 1930. Sementara kebanyakan rumah kedai di Jalan Jelai pula dibina agak lewat, mungkin sekitar 1950an ke atas.

            1 1279556049 kuala lipis  44334702 1939989779382273 7351937490430722048 n            44335530 10216992079770155 7499220564779728896 n 44327519 10216992076170065 2296110643385729024 n

Muzium ini pada asalnya adalah sebuah Rumah Bekas Setiausaha Kerajaan Pahang (SUK) yang terletak di Bukit Bius. Selain itu, rumah berkenaan juga merupakan sebuah monumen bersejarah untuk tarikan pelancong dan tatapan generasi pada masa akan datang. 

Kediaman itu yang dibina pada 1920 begitu sinonim dengan bekas Perdana Menteri ke-6, iaitu YAB Dato' Sri Najib Bin Abdul Razak kerana ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein pernah mendiami rumah itu sewaktu bertugas sebagai SUK ketika Kuala Lipis menjadi ibu negeri Pahang sejak 1898. Apa yang menarik lagi, beliau juga telah dilahirkan di kediaman tersebut pada 23 Julai 1953 sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur.

Rumah dua tingkat itu mempunyai reka bentuk seni bina Melayu 'Palladian,' berbumbung tradisional Melayu manakala ukiran pada pintu dan dinding memaparkan motif Barat.

Kediaman itu dilengkapi beberapa buah bilik yang dibina menggunakan kayu hutan bermutu tinggi dan tahan lama tanpa boleh dirosakkan oleh anai-anai dan haiwan pemusnah lain.

Gaya seni bina kediaman itu bercirikan Eropah dan Melayu dengan reka bentuk tingkap yang banyak bagi memperoleh suasana udara Bukit Bius yang nyaman.

Rumah berkenaan mempunyai dua bilik tidur yang luas di kiri dan kanan termasuk bilik mandi yang luas. Selain itu, rumah tersebut turut dilengkapi dengan ruang untuk keluarga berkumpul di bahagian anjung manakala ruang tamu, ruang makan dan bilik tidur tetamu terletak di tingkat bawah.

Sebuah garaj kereta dibina agak jauh dari ruang utama rumah berkenaan manakala rumah pekerja iaitu amah dan tukang kebun dihubungkan dengan jalan berbumbung ke ruang dapur di bahagian belakang kediaman itu.

Namun begitu, kediaman tersebut telah dibaikpulih menerusi Projek Konservasi dan Arkeologi dari Jabatan Warisan Negara yang bertujuan untuk pemuliharaan dan sebagai khazanah sejarah dan perspektif pembangunan pelancongan di daerah ini. 

Muzium Warisan Sejarah itu menempatkan artifak sejarah daerah Lipis, bangunan kolonial, Kesultanan Melayu Pahang, tokoh politik, pejuang kemerdekaan, pentadbir kerajaan, penggiat seni, makanan dan pakaian tradisional Melayu dan sejarah perlombongan emas di daerah ini.

Sumber dari Majlis Daerah Lipis