#PAHANG: Antara aksi peserta larian Taman Negara Ultra 2024 yang berlangsung di Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut.
Larian Taman Negara Ultra itu dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu 50 km, 30 km dan 15 km dengan peserta dikehendaki menamatkan larian mereka dalam tempoh yang ditetapkan.
Nazirul Roselan | BERNAMA
View the embedded image gallery online at:
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan?limitstart=0#sigFreeId8236aba61f
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan?limitstart=0#sigFreeId8236aba61f
Bilangan pelawat domestik ke Pahang meningkat 24.8% pada tahun 2023, menjadikan jumlah keseluruhan 16.46 juta pelawat, berbanding 13.19 juta pada tahun sebelumnya.
Tujuan utama pelawat ke Pahang 2023
• 42.1%: Percutian dan berehat
• 4.1%: Perjalanan insentif dan lain-lain
• 3.0%: Hiburan dan acara khas
• 2.5%: Membeli-belah
Negeri asal pelancong tertinggi ke Pahang 2023:
• Selangor: 2.5 juta
• W.P Kuala Lumpur: 2.4 juta
• Johor: 1.2 juta
• Pulau Pinang: 581.8 ribu
• Sabah: 417.3 ribu
Jenis penginapan paling popular:
• Rumah saudara-mara & rakan: 54.8%
• Hotel: 27.3%
Destinasi utama pelancong di Pahang:
• Genting Highlands
• Cameron Highlands
• Ladang Teh BOH Sungai Palas
• Pantai Cherating
• Pantai Teluk Cempedak
@top fans
View the embedded image gallery online at:
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan?limitstart=0#sigFreeIdaaaec9a65a
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan?limitstart=0#sigFreeIdaaaec9a65a
Hotel dan penginapan yang dipersijilkan halal di negeri Pahang. Dikemaskini sehingga 12 Ogos 2024.
Sumber Facebook: Bahagian Pengurusan Halal, Jab. Agama Islam Pahang
View the embedded image gallery online at:
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan?limitstart=0#sigFreeId2d8a2f9663
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan?limitstart=0#sigFreeId2d8a2f9663
Negeri Pahang merekodkan kadar purata tempoh penginapan tertinggi di Malaysia atau 75 peratus bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.
Kadar itu juga meningkat 2.5 peratus berbanding 72.5 peratus pada tempoh sama tahun lalu - YB Puan Leong Yu Man Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang.
Tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang, pemain industri dan semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak, dalam mencapai kejayaan ini
Data diperoleh daripada Bahagian Perancangan Strategik Tourism Malaysia.
“Wonders Pahang”
“This is Pahang Unlimited”
View the embedded image gallery online at:
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan?limitstart=0#sigFreeIde21e798a72
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan?limitstart=0#sigFreeIde21e798a72
Pulau Tioman menjadi pulau pertama di negara ini melabuhkan tukun tiruan gerabak sistem transit aliran ringan (LRT) yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) di bawah kategori bangunan dan struktur.
Majlis pelancaran MBOR: The First LRT Coach Reef in Malaysia disempurnakan oleh Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Berjaya Tioman Resort di Tioman, hari ini.
Turut berangkat Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Pada majlis itu, Al-Sultan Abdullah bertitah inisiatif yang dicetuskan oleh Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) itu diharap dapat memberi impak positif kepada sektor pelancongan di pulau peranginan tersebut.
"Beta harap tukun ini akan sedikit sebanyak membawa tarikan kepada pengunjung khususnya mereka yang minat dalam bidang selaman.
"Beta harap (dengan) terbinanya tukun ini, ekosistem marin di sekeliling Pulau Tioman akan bertambah baik dan beta juga mengalu-alukan banyak lagi usaha untuk merehabilitasikan tukun yang sudah mati di pulau ini," titah baginda ketika merasmikan majlis berkenaan.
Berita penuh https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2317207
Hafzi Mohamed & Gaya Travel
View the embedded image gallery online at:
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan?limitstart=0#sigFreeIdc9bff28835
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan?limitstart=0#sigFreeIdc9bff28835