Salah satu tarikan pelancongan di Daerah Kuala Lipis pada masa sekarang adalah terdapat sebuah van antik Jepun yang telah diubahsuai menjadi van aiskrim oleh tuannya sendiri, iaitu Tuan Rostam. Van aiskrim cinoni ini turut menyumbang kepada 'charming' pekan klasik di daerah ini. Van antik yang telah diubahsuai ini diberi nama "Van Kechill". Antara makanan yang dijual di dalamnya adalah, 'Ice Cream Sandwich Bananana', Shinjuku cake with ice cream, banana split with a Lepih twist. Kebiasaannya, Van Kechill ini akan parking berhadapan coffe palace yang terkenal, iaitu The Sidang Kopi, iaitu menerusi Jalan Jelai.
Sumber : A Shukri Elias, Sulur Bayung 2022
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan?start=20#sigFreeId8061306d4e
Hutan hujan tropika adalah satu ekosistem kompleks yang juga menjadi habitat kepada pelbagai spesies haiwan. Terdapat pelbagai kepentingan hutan terhadap negara bukan sahaja dari segi sektor pembalakan. Pemuliharaan hutan adalah salah satu alternatif untuk mengurangkan impak perubahan iklim, di mana jika perancangan mitigasi perubahan iklim tidak dilaksanakan secepat mungkin, ia akan menyebabkan reaksi berantai dimana tiba satu tahap ia akan mempengaruhi ekonomi negara. Ayuhlah kita memulihara hutan kita untuk masa depan yang lebih cerah untuk generasi akan datang!
Sumber : Majlis Belia Pahang
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan?start=20#sigFreeId04401a3f75