Gua Temalong ini terletak di Kampung Chegar Perah, Kuala Lipis.Aktiviti yang boleh dilakukan di Gua Temalong adalah mendaki.
Sesuai untuk pengunjung bekeluarga. Keunikan Gua ini sgt menarik perhatian pengunjung.
 
Muzium Pahang kini dibuka kepada orang ramai dengan pembukaan Muzium Sultan Abu Bakar
dan dua muzium baru iaitu Istana Mangga Tunggal dan Muzium Seni Kontemporari.
 
Waktu operasi:
Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan dan Istana Mangga Tunggal, Pekan.
 
Isnin :Tutup
Selasa - Ahad :9 pagi - 4.30 petang
Jumaat :9 pagi - 12.t/hari
             12.15 t/hari - 2.45 petang (rehat & solat)
              2.45 petang - 4.30 petang
 
Muzium Seni Kontemporari (MOCA), Kuantan.
Isnin - Khamis:
9 pagi - 1 t/hari
1 t/hari - 2 petang (rehat & solat)
2 petang - 4.30 petang
 
Jumaat :
9pagi - 12.t/hari
12.15 t/hari - 2.45 petang (rehat & solat(
2.45 petang - 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum - Tutup
 
Bayaran tiket dikenakan.
 
 

Sungai Yu & Ecoviaduct

Sungai Yu dan Eco Viaduct merupakan salah satu kawasan menarik yang terdapat berhampiran dengan Kampung Merapoh dimana jaraknya adalah lebih kurang 10 hingga 15 kilometer sahaja.  Sungai Yu merupakan kawasan yang menarik kerana mempunyai kawasan rekreasi dan sungai yang airnya sejuk dan jernih. Hal ini telah menarik minat pengunjung untuk berkunjung ke Sungai Yu. Selepas Lebuhraya Central Spine Road yang menghubungkan negeri Pahang dengan negeri Kelantan dibina, wujud pula Eco Viaduct di kawasan Sungai Yu tersebut,

Eco Viaduct merupakan jambatan bagi hidupan liar melintas. Eco Viaduct Sungai Yu bukanlah jambatan hidupan liar yang pertama di Malaysia tetapi ia adalah jambatan hidupan liar yang terpanjang di Malaysia iaitu 927 meter. Eco Viaduct dibina bagi mengurangkan ancaman terhadap habitat asal bagi hidupan liar dan dapat mengurangkan risiko haiwan liar mati dilanggar oleh kenderaan. Walaupun pembinaan Eco Viaduct tersebut hanya untuk mengurangkan ancaman kepada hidupan liar, namun ia adalah sebuah kawasan yang menarik untuk dikunjungi kerana mempunyai pemandangan yang begitu indah.


[PEMBUKAAN TREE TOP WALK DI TAMAN NEGARA PAHANG, SUNGAI RELAU]
Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia ingin memaklumkan pembukaan Tree Top Walk di Taman Negara Pahang, Sungai Relau bermula dari 1 April 2023. Sehubungan itu, pihak Jabatan akan membuka Tree Top Walk secara percuma kepada orang awam mulai 1 April 2023 sehingga 30 September 2023.
Pembinaan Tree Top Walk ini bertujuan untuk meningkatkan keselesaan pelawat melalui kemudahan dan aktiviti yang bersesuaian di kawasan alam semulajadi. Semoga kemudahan ini dan aktiviti yang berkaitan dengannya dapat memberi kepuasan kepada pelawat Taman Negara Pahang, khususnya di pintu masuk Sungai Relau, Merapoh, Lipis.
tours