Bagi pelancong yang bercuti di Cameron Highlands, Taman Agroteknologi MARDI adalah destinasi menarik yang mesti dikunjungi. Lokasinya ialah di Tanah Rata. Selain berfungsi sebagai pusat penyelidikan, ia turut menyediakan berbagai tarikan seperti taman bunga beraneka jenis, ladang teh, strawberi dan lain-lain bagi menggamit pengunjung. Ia turut menawarkan aktiviti pelancongan seperti jungle trekking, lawatan kilang pemprosesan dan penyelidikan. Kawasannya sangat luas iaitu sekitar 42 hektar yang merangkumi bangunan pusat penyelidikan, pusat informasi, taman herba, taman orkid, taman ros dan English Garden.

Taman Agroteknologi MARDI terletak di pinggir pekan Tanah Rata. Lokasinya agak ke dalam sedikit dikelilingi kawasan berbukit. Pengunjung boleh rujuk GPS, Waze atau Google Maps app untuk terus ke sana.

Alamat:
Agro Technology Park MARDI Cameron Highlands
39007 Tanah Rata
Pahang

Hubungi:
Tel. : 605 - 491 1255, 605 - 491 5945
Fax : 605 - 491 2170

Waktu melawat:
Rabu hingga Isnin : 8.00 am - 5.00 pm
Selasa : Tutup
Cuti Sekolah dan Cuti Umum (Tutup pada cuti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha) : 8.00 am - 5.00 pm

Bayaran masuk:
Dewasa : RM5
Kumpulan Dewasa : RM120/bas
Pelajar : RM2
Kumpulan Pelajar : RM60/bas
Warga Emas (Atas 60 tahun) : RM2
Bawah 6 Tahun / Kurang Upaya (OKU) : Percuma

Hutan Simpan Bukit Taching ini mengambil masa kira-kira 30 minit dari Kuala Lipis dan terletak di Kampung Kemahang, Benta, Pahang. Hutan Simpan Bukit Taching ini telah dibangunkan seawal tahun 1990. Jika anda sukakan aktiviti yang menarik berlatarkan suasana flora dan fauna, anda harus datang ke sini. Antara aktiviti yang sering dilakukan adalah beriadah, jungle tracking, mandi manda di sungai yang jernih dan banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Di sini terdapat pelbagai spesies flora dan fauna yang berevolusi sejak jutaan tahun dahulu. Hutan Simpan Bukit Taching ini semakin popular apabila turut ditemui pokok Rafflesia yang banyak hidup di kawasan hutan ini.

Tanaman kaktus merupakan salah satu tanaman popular yang terdapat di Cameron Highlands. Ia menjadi pilihan buah tangan kepada sesiapa sahaja yang berkunjung ke tempat peranginan tersebut untuk dijadikan hadiah kepada sanak saudara atau un rakan taulan. Tempat tersebut diberi nama Cactus Point. Tarikan yang berlanskap indah ini adalah salah satu lokasi yang wajib disinggahi terutama sekali kerana kemasukannya juga percuma. Tempat meletak kenderaan juga begitu luas di sekitar kawasan Cactus Point tersebut. Para pengunjung yang berminat untuk mengunjungi tempat tersebut boleh la terus ke alamat Cactus Point, Brinchang, 39000 Cameron Highland, Pahang. Waktu operasi bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang pada setiap hari.

YZ Agro Farm merupakan salah satu ladang Strawberi yang diusahakan oleh keluarga muslim. Ladang ini  terletak di Tanah Rata.

Apa yang menariknya di sini adalah, pengunjung boleh memetik buah strawberi sendiri sebelum turun ke kafe untuk menikmati pelbagai jenis masakan yang ada seperti patin masak tempoyak, mee kari, nasi lemak dan banyak lagi nasi campur lain yang enaknya bukan main.Pencuci mulutnya juga turut disediakan seperti scone, aiskrim, waffle dan banyak lagi.

Para pengunjung yang berkunjung ke ladang ini pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba dan menikmati keenakan Strawberry smoothie dan strawberry shake. Hal ini kerana ianya dihasilkan dari buah strawberi yang segar daripada ladangnya sendiri.

Ladang ini boleh dikunjungi di alamat YZ Agro Farm, No. 22, Kamping Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang pada setiap hari bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. Masuk adalah percuma bagi semua golongan dan peringkat umur.

 

Destinasi pelancongan utama kawasan tanah tinggi, Cameron Highlands sudah tidak asing lagi dalam kalangan penduduk di negara ini.

Cuaca yang sederhana, tanah subur dan hujan mencukupi dengan suhu dingin mencecah 14 hingga 24 darjah selsius menjadikan lokasi ini ibarat syurga bagi tumbuhan seperti sayur, buah-buahan dan bunga-bungaan.

Sejarah kedatangan Inggeris pula turut menyemarakkan lagi kemajuan dan perkembangan industri pelancongan, maka tidak hairanlah mengapa Cameron Highlands menjadi kawasan agropelancongan negara yang paling terkemuka.

Kalendar

November 2024
S M T W T F S
1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30